"Hey, kamu! Kenapa kamu suka menjilat
lantai. Tak kira lantai mana kamu jilat. Adakah lantai itu sedap? Kamu
tidak tahu ke, lantai itu mengandungi kuman dan bakteria?"
"Aku punya sukalah nak jilat lantai ke hape."
"Adeyh. Saya tidak fahamlah awak ini jenis apa."
"Aku kan kucing. Macam mana ko boleh tak faham aku?"
Adeyh88.
Itulah perbualan saya dengan si kucing saya yang saya namakan Kucheng.
Adik saya pula namakan dia Kuch. Tetapi umi namakan dia Toletol.
TO-LAIR-TOL. Nak sebut macam tuh. Agak kelakar ye di situ.
Bersabarlah Kecheng.
Kucheng. Hobi terbaru dia ialah jilat lantai. Nak kata meniru aksi dalam TV, tidak pula pernah saya lihat aksi sedemikian.
Pernah satu hari saya bertanya pada adik saya. Michiko. *nickname dia*
"Eyh, ain cuba tengok Kucheng tu buat apa? Dia pi cari makanan kat tayar. Ape kehe?"
Ketika membuang masa di halaman rumah dengan mencabut rumput bersama adik. *antara aktiviti cuti sekolah bersama adik*
Kucheng pi hidu tayar tu buat apa? Bukan ada makanan. Siap kes jilat-menjilat di situ.
"Eyh, akak nih. Takkan akak dak tw. Kucheng mana ada akal! Dia kan binatang."
Dush88. Terkena den.
Akal budak kecil pun, SubhanALLAH!
Kucing Tiada Akal
Kucing
memang tiada akal. Tapi dia mempunyai perasaan. Perasaan ingin tahu
seperti hobi menjilat lantai. Perasaan ingin berdua-duaan seperti geram
kemudia bergaduh dan contoh yang lain ialah mengawan. Perasaan sayang
seperti menggesek badan di kaki orang. *haish* Nak memanja la tuh!
Bab mengawan nih, tak moh komen panjang. Sumbang mahram pun terjadi apabila si 'son' mengejar si 'mom' untuk mengawan. Hang memang tak betoi!
Binatang
memang tak kira mak dia ka, adik dia ka, kakak dia ke, mak cik dia ka,
semua dia ti*ai! Apa nak jadi pada hangpa yang manusia ! Hangpa tak tau
ka, DOSA BESAQ bila hangpa sumbang mahram. Keji lebih daripada binatang.
Depa tak dak akal. Hangpa yang ada akal, apa cerita?
Dalam alQuran, Allah dah pesan pada kita, berkasih sayanglah antara kamu tapi Allah meletakkan batasannya. Janganlah kamu mendekati zina! Sekali lagi Allah berpesan, kamu boleh mendedahkan perhiasan hanya kepada orang tertentu sahaja contohnya ayahmu, saudara lelakimu, ayah kepada ayahmu, ibu kepada ayahmu...dan lain-lain lagi.
Menusia diberi akal untuk berfikir baik buruknya. Bukan setakat ada akal, tapi tak gunakan untuk kebaikan. Ibarat seterika digunakan untuk mengeringkan rambut yang basah. Kan tak betul penggunaan kat situ. Rosak la rambut hangpa nanti. Gunakan seterika itu untuk menggosok baju. Menegangkan baju yang keromot. *Faham tak maksud keromot? Kalau tak faham sahlah keromot itu bahasa jawa <-- haha. Err maksudnya apa ye? Allah, saya tak ingat pula.
Tu
komen apa yang berlaku di dunia realiti di sana. Kita yang masih
terjaga ini, jaga diri seeloknya. Akhlak yang terbaik adalah akhlak
al-Quran. Siapa yang memiliki akhlak sedemikian?
Rasulullah s.a.w. Seandainya Rasulullah masih berada dengan kita, apakah Rasulullah kecewa? T.T .
Rasulullah SAW
bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia
diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR.
Bukhari dan Muslim)
Wallahua'alam. Februari 2011.
:>
Alyaa Sakinah Abd Razak
Fasilitator MAC Training dan Paksi Training
Fasilitator MAC Training dan Paksi Training
Pelajar Monash University Sunway Campus
Tulisan di asrar-sakinah.blogspot.com