Profil Syarikat

Mujahadah Agro Camp Training & Consultancy (MAC T&C)

Nama Syarikat:
 Nama Mujahadah Agro Camp diambil daripada perkataan jihad bersempena dengan kajian doktor falsafah (PHD) Puan Yazilmiwati Yaacob yang kini sedang menyambung pelajaran peringkat doktor falsafah dalam bidang Jihad Bisnes. Mujahadah yang bermaksud jalan menuju Allah dipilih sebagai branding bertepatan dengan suasana campsite MAC T&C sendiri yang hanya ditemani dengan suara-suara alam yang tidak pernah jemu berzikir menyebut nama-nama Allah SWT. Tatkala berada di sini, timbul rasa ketenangan dan terasa diri ini terasa dekat pada Allah SWT. Adakalanya mentadabbur alam akan membuatkan hati insan terpegun akan keindahan alam ciptaan Allah SWT.

Logo Syarikat:


Logo syarikat kami memperlihatkan gabungan warna dan bentuk geometri yang diilhamkan daripada alam sekitar bertepatan dengan kawasan tapa perkhemahan di kawasan perbukitan yang dikelilingi flora dan fauna yang menyegarkan. Di samping itu, logo ini juga melambangkan keteguhan syarikat dan elemen harmoni yang menjadi salah satu asas penubuhan serta memperlihatkan kerjasama yang erat dalam kalangan pengurus dan fasilitator.


Sistem Operasi:
Pada awal operasinya, Mujahadah Agro Camp hanya menjalankan program-program kepimpinan pelajar Islam untuk pelajar-pelajar Sunway University. Program yang dijalankan ini turut mendapat bantuan dari sudut tenaga fasilitator daripada pelajar-pelajar Monash University, International Medical University (IMU), Sunway University dan juga Multimedia University. Barisan fasilitator yang menyumbang tenaga pada program-program di Mujahadah Agro Camp ini juga pada asalnya merupakan bekas-bekas pelajar Sunway University yang pernah mengikuti beberapa program pra-university yang ditawarkan di Sunway University. 

Bermula daripada hanya mengendalikan beberapa program kepimpinan untuk pelajar Sunway University, Mujahadah Agro Camp melebarkan sayap untuk terlibat secara langsung dalam mengendalikan program-program peringkat sekolah rendah, menengah, dan peringkat institusi pengajian tinggi. Kini Mujahadah Agro Camp telah mempunyai kekuatan 30 orang fasilitator yang diketuai oleh Puan Yazilmiwati binti Yaacob, Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sunway. Kebanyakan fasilitator Mujahadah Agro Camp merupakan pelajar-pelajar tajaan Mara, JPA, dan juga Petronas yang masih lagi menuntut di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.


Modul:
Pendekatan dan modul yang digunakan dalam program anjuran Mujahadah Agro Camp berteraskan pendidikan Al-Quran dan Sunnah dalam usaha menghasilkan pembentukan rohani dan fizikal yang mapan. Pendekatan dan modul ini berbeza mengikut  kesesuaian sesebuah kumpulan sasaran tanpa menyisihkan pendidikan Al-Quran dan Sunnah dalam memenuhi keperluan rohani dan fizikal kumpulan sasaran itu. Kesinambungan kerja dakwah ini akan sedaya-upaya diusahakan dengan menggunakan platform Mujahadah Agro Camp agar harapan kita untuk melihat generasi masa hadapan yang celik dan cinta pada Al-Quran dan Sunnah akan dapat direalisasikan.          

Semoga Mujahadah Agro Camp akan terus dapat memberi dan bermanfaat pada pembentukan ummah yang cemerlang duniawi mahupun ukhrawi. In sya Allah.          

No comments: