Tuesday, February 18, 2014

Persiapan Program

Selepas ini  program yang akan dijalankan berderet-deret.
Alhamdulillah. Rezeki. Alhamdulillah. Rezeki.

Maka antara persiapan program yang kami anjurkan:

1] Siapkan poster. Designer kena kerah otak supaya kreatif. 
Design secantik mungkin dan yang paling utama, beri maklumat
secukupnya atas poster itu.

2] Bahagian pemasaran mula bertungkus-lumus 
dari segi offline dan online. Mencari peserta. 1 orang. 2 orang.
33 orang??!!

3] Kemudian, kami akan mengendalikan pembayaran kepada 
sesiapa yang mendaftar. Penting sangat orang yang jaga pendaftaran.

4] Modul disemak semula. Pembahagian tugasan kepada trainer.
Setiap kali modul disemak, pasti akan ada kelainan. Kelainan itulah
yang kami selalu utarakan dalam menyuarat.

5] Pemberitahuan tentatif dan keperluan barang program kepada
peserta mula dijalankan. Kemudian, siap sedia untuk berprogram!

6] Sekiranya memerlukan fasilitator, kami akan lakukan dua atau 
tiga minggu awal dalam sesi pencarian.

7] Pertemuan dengan fasilitator akan dilakukan sebelum mula 
program. Selalunya sehari sebelum program ;)

Dan selesai.

Persediaan rohani sebagai trainer dan fasilitator sangat ditekankan. 
Apatah lagi mereka akan memberi.

Akan dipesan solat tahajjud. Solat hajat. Moga peserta yang 
hadir terkesan dan memberi kesan kepada hati mereka yang hadir.






Monday, February 17, 2014

Senarai program Februari - April 2014


Program MAC Training & Consultancy 2014

1] 21 - 23 Februari : Kem Delegasi PAKAT Ganu anjuran Persatuan Anak Ganu 

2] 28 Februari - 3 Mac 2014 : Kem Fokus UPSR 2014

3] 7-9 Mac : Kem Akademik bersama Bank Simpanan Nasional 

4] 14 - 16 Mac : Summer Camp 

5] 21 - 23 Mac : Program Motivasi - Kaki Training & Consultancy

6] 28 - 30 Mac : Kem Akademik anjuran MAC Training & Consultancy

7] 4 -6 April : Kem Kepimpinan Islam anjuran MAIS

8] 11 - 13 April : Kem Fokus PBSMR 

9] 18 - 20 April : Kem Fokus SPM


Wednesday, February 12, 2014

Volunteer Team MAC Training & Consultancy

VTeam MAC AWESOME!

Tanggal Januari lalu, kami berjaya menubuhkan kumpulan sukarelawan MAC.

Pertama, dah tak larat nak mengendalikan projek perkhemahan setiap minggu
berturutan. Makanya, dengan masalah ini terciptalah kumpulan ini!

Pendaftaran sudah mencecah 70 orang.
Alhamdulillah semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus berbakti kepada
ummah.

Memang banyak lagi persatuan dan kelab yang menubuhkan kumpulan seperti
kami tubuhkan. Tetapi kenapa kami?

TRANING SECARA PERCUMA sekiranya anda dapat mengikuti sebarang 
kem kami dengan jayanya. Training tak semestinya mesti duduk dan dengar 
ceramah, melalui pengalaman berkomunikasi dengan senior fasilitator, melalui
tugasan yang diberikan, pengalaman dengan peserta pasti anda teruja menjadi
fasilitator. Juga juga juga hahhhh boleh bermula daripada dapur.

Kami pernah berprogram bernama "Fasilitator Enhancement Program" yang
melibatkan pioneer team. Modul kendalian ialah team building, event management
dan juga how to be a great faciltators. 

Kami menghadiri dan mengurus program ini 100% termasuklah memasak makanan
sendiri! Such a great moment for us!

Jadi anda tunggu apa lagi! Jom sertai kami!

https://docs.google.com/forms/d/11v34CFJShM9XxXaxg71ZtlAwyIXXCTm-X3TuieiAuqo/viewform

2iCamp TITAS - Projek Perkhemahan Sehari TITAS Sunway University

Peserta mencecah 900++ orang apabila jumlahnya dikira! Ehem dan akhirnya kami
terpaksa membuat 4 kali kem secara berturut-turut untuk memenuhi pemintaan oleh
pihak Projek Perkhemahan TITAS Sunway University.

Sehari sahaja. Tetapi kepenatan yang kami alami berbaloi-baloi!

Perkhemahan ini bermula 17hb Januari diikuti dengan 18hb Januari dan seterusnya
8hb Februari dan 15hb Februari.

Yeay, bakal berakhir!

InsyAllah projek ini bakal diperkenalkan kepada IPT lain untuk subjek TITAS -
Tamadun Asia dan Tamadun Asia Tenggara.

Tentatif PESERTA
7.00 pagi : Berkumpul di foyer Sunway University
7.30 pagi : Bertolak ke tapak perkhemahan
8.30 pagi : Ketibaan di tapak perkhemahan dan sarapan
9.30 pagi : Amazing race - MODUL nota TITAS
12.30 tengah hari : Makan tengah hari dan berehat!
1.30 petang         : Solat Zohor (Muslim)
2.00 petang         : Latihan Dalam Kumpulan - Bersatu Teguh Bercerai Roboh
3.30 petang         : Penutup
4.30 petang         : Bertolak pulang! Yeay!

Memang best apabila kita diberi pelang untuk bergaul dengan NON-MUSLIM
dan belajar banyak perkara termasuklah budaya mereka. Banyak perbincangan
dilakukan secara peribadi termasuklah hal-hal politik tanah air. Wah, bukan main
galak bersosial dengan membangkitkan perkara sebegini. Itu namanya semangat
 patriotik:).

Kami juga sangat gembira kerana kami mempunyai tema volunteers yang sangat happy go lucky di samping itu mempunyai kemahiran kempimpinan yang sangat AWESOME!

Sangat sangat tabik kepada anda sekalian kerana andalah telah membuat perkhemahan ini sangat AWESOME sekali!

InsyAllah bakal bersama-sama program yang akan datang.

-------
TITAS
2iCamp 2014