Sunday, October 19, 2014

KEM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK

KEM CUTI SEKOLAH UNTUK ANAK

  • RISAU ANAK BUANG MASA CUTI SEKOLAH?
  • RISAU ANAK BELUM LANCAR MEMBACA ALQURAN?
  • RISAU ANAK TIDAK BERANI DALAM KEGELAPAN?
  • RISAU ANAK BELUM PANDAI BERDIKARI?
  • RISAU ANAK KURANG DAYA TAHAN?


BAGAIMANA NAK ATASI PERKARA DI ATAS?

Aktiviti #1
  1. Membantu anak-anak mengetahui dan membuat kerja rumah secara asas
Aktiviti #2

  • Tokoh Islam yang dapat menginspirasikan anak-anak untuk menjadi soleh-solehah
Aktiviti #3

  • Membimbing tatacara WUDUK dan SOLAT dengan betul mengikut sunnah.
Aktiviti #4

  • Memberi peluang anak-anak mengenali dan belajar daripada alam.
Aktiviti #5

  • Menguji kesabaran aktiviti malam dengan muhasabah pada akhir aktiviti.





Kem Cuti Sekolah - Putera Puteriku Sayang


Lagu tema - MSC 2013







Bayaran penuh adalah selewat-lewatnya 3 hari sebelum kem bermula.

Bayaran boleh dibuat kepada akaun

1. MAYBANK : MAC TRAINING & CONSULTANCY 562777212288  ATAU
2. CIMB : ALYAA SAKINAH BINTI ABD RAZAK – 01130090039524

Selepas bank-in, sila sms maklumkan kepada kami di talian

013-7134713 / 03-83221210
ATAU
email --> mujahadah.training@gmail.com

Barang-Barang Keperluan Semasa Kursus
  1. Pakaian biasa untuk aktiviti di dalam dewan
  2. Pakaian aktiviti luar (outdoor).
  3. Pakaian solat seperti telekung, kain pelekat, baju melayu, kopiah/songkok,
  4. Peralatan mandi seperti ubat gigi, berus gigi, syampoo, sabun mandi. (gayung atau baldi tidak perlu dibawa)
  5. Kasut sukan dan selipar.
  6. Ubat-ubatan peribadi seperti ubat sakit semput, ubat gatal, ubat mengelakkan nyamuk dsb. Lingkaran nyamuk tidak dibenarkan sama sekali.
  7. Lampu picit.( lilin tidak dibenarkan sama sekali)
  8. Alat tulis seperti pen, pensel, alatan mewarna dsb. (walaubagaimanapun, kami memang menyediakan alatan tulis, cuma untuk tambahan para peserta sendiri mengikut kreativiti dan keselesaan mereka)

    Barang-Barang Yang Dilarang Dibawa Ke Dalam Kem
    1. Peralatan yang tajam seperti pisau dsb
    2. Duit dalam kuantiti yang banyak
    3. Telefon tangan (handphone) atau alat-alat telekomunikasi yang lain. Jika ada keperluan menelefon ibu dan ayah/penjaga, boleh menggunakan telefon fasilitator.
    4. Barang-barang kemas dan barang berharga yang lain.
    5. Rokok
    6. Komputer riba dan alat elektronik seperti ipad, psp dan sebagainya
    7. seluar Jeans
    *Segala peraturan yang telah ditetapkan ini adalah demi keselamatan para peserta dan keselamatan barang-barang tersebut. Jika berlaku sebarang kehilangan atau kecurian barang,pihak kami tidak akan bertanggungjawab.Sekian terima kasih.

    NOTA UNTUK PESERTA PEREMPUAN
    WAJIB MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG

Thursday, October 16, 2014

5 Kepentingan Kem Motivasi yang Anda Tidak Tahu

Ramai yang tak nak hantar ke kem motivasi. Kenapa?



Ada yang fobia.. Ada yang tak nak masuk lumpur.. Ada yang tak nak kena gigit pacat.. Ada yang tak nak tidur bawah khemah.. Ada-ada aja budak millenium ni..

Dulu waktu saya kecil-kecil, susah nak dapatkan kem motivasi seperti sekarang. Malah dulu cenonet je kawasan tapak perkhemahan. Pertama kali saya berkhemah ketika saya darjah 5. Kem Ketua dan Penolong Ketua Pengawas peringkat daerah Muar. Memang rasa janggal sekali makan atas tanah rama-ramai dengan kawan. Selalu duduk atas meja makan. 

1. Tetapi makan duduk di atas tanah itulah mengajar saya kehidupan. Saya belajar erti bersyukur. Belajar hidup sederhana. Boleh je hidup sampai sekarang..

2. Saya belajar pengurusan masa. Bukan main dahsyat lagi main air, makan, solat. Semua kena tepat waktu. Tak sempat mandi.. takpe.. lap-lap badan je.. camping ni bukan tempat nak berseronok mandi-manda ye.. 

3. Saya belajar kehidupan hidup berlumpur.. Pertama kali saya masuk lumpur.. Rasa teruja.. Bau dia.. MasyaAllah.. Nilai kekotoran yang merendahkan ego seorang kanak-kanak kecil yang nak meningkat dewasa.



4. Saya belajar basuh kasut sendiri, basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri, tidur berhimpit-himpit dalam khemah kecil.. tapi camping ni mengajar saya supaya tak merungut.. sabar je.. tiga hari je.. sabar je.. lima hari je.. So, kesabaran yang terbentuk tu membuat kita lebih kuat pada masa akan datang..

5. Saya belajar untuk ramah.. Dahlah pendiam aje budak seorang ini.. Bila masuk di dalam kumpulan.. dipaksa bercakap.. lagi-lagi saya dilantik sebagai setiausaha.. kelakar juga.. dalam kumpulan perkhemahan ada jawatan setiausaha.. takpe.. tu jawatan main pondok-pondok je.. hehe. So, kalau ada sesiapa nak anak banyak cakap, daftarkan anak-anak ke kem motivasi..
Ok.. InsyAllah tak banyak pun..
Kalau ada lagi, saya akan update..

Saturday, May 24, 2014

Projek Perkampungan ELMU 2014


---
Perkampungan ELMU (Emosi + Ilmu)
---

5 – 8 Jun 2014 
4 hari berturut-berturut
8.00 - 6.00pm
untuk anak-anak berumur 11 - 17 tahun
di MAC Training Centre, Mujahadah Agro Camp Training & Consultancy,
GM1B Jalan 5C/1, Taman Putra Perdana, Puchong.

TEMPAT TERHAD!
Hanya 30 terawal!



Tuesday, February 18, 2014

Persiapan Program

Selepas ini  program yang akan dijalankan berderet-deret.
Alhamdulillah. Rezeki. Alhamdulillah. Rezeki.

Maka antara persiapan program yang kami anjurkan:

1] Siapkan poster. Designer kena kerah otak supaya kreatif. 
Design secantik mungkin dan yang paling utama, beri maklumat
secukupnya atas poster itu.

2] Bahagian pemasaran mula bertungkus-lumus 
dari segi offline dan online. Mencari peserta. 1 orang. 2 orang.
33 orang??!!

3] Kemudian, kami akan mengendalikan pembayaran kepada 
sesiapa yang mendaftar. Penting sangat orang yang jaga pendaftaran.

4] Modul disemak semula. Pembahagian tugasan kepada trainer.
Setiap kali modul disemak, pasti akan ada kelainan. Kelainan itulah
yang kami selalu utarakan dalam menyuarat.

5] Pemberitahuan tentatif dan keperluan barang program kepada
peserta mula dijalankan. Kemudian, siap sedia untuk berprogram!

6] Sekiranya memerlukan fasilitator, kami akan lakukan dua atau 
tiga minggu awal dalam sesi pencarian.

7] Pertemuan dengan fasilitator akan dilakukan sebelum mula 
program. Selalunya sehari sebelum program ;)

Dan selesai.

Persediaan rohani sebagai trainer dan fasilitator sangat ditekankan. 
Apatah lagi mereka akan memberi.

Akan dipesan solat tahajjud. Solat hajat. Moga peserta yang 
hadir terkesan dan memberi kesan kepada hati mereka yang hadir.






Monday, February 17, 2014

Senarai program Februari - April 2014


Program MAC Training & Consultancy 2014

1] 21 - 23 Februari : Kem Delegasi PAKAT Ganu anjuran Persatuan Anak Ganu 

2] 28 Februari - 3 Mac 2014 : Kem Fokus UPSR 2014

3] 7-9 Mac : Kem Akademik bersama Bank Simpanan Nasional 

4] 14 - 16 Mac : Summer Camp 

5] 21 - 23 Mac : Program Motivasi - Kaki Training & Consultancy

6] 28 - 30 Mac : Kem Akademik anjuran MAC Training & Consultancy

7] 4 -6 April : Kem Kepimpinan Islam anjuran MAIS

8] 11 - 13 April : Kem Fokus PBSMR 

9] 18 - 20 April : Kem Fokus SPM


Wednesday, February 12, 2014

Volunteer Team MAC Training & Consultancy

VTeam MAC AWESOME!

Tanggal Januari lalu, kami berjaya menubuhkan kumpulan sukarelawan MAC.

Pertama, dah tak larat nak mengendalikan projek perkhemahan setiap minggu
berturutan. Makanya, dengan masalah ini terciptalah kumpulan ini!

Pendaftaran sudah mencecah 70 orang.
Alhamdulillah semoga Allah memberi kita kekuatan untuk terus berbakti kepada
ummah.

Memang banyak lagi persatuan dan kelab yang menubuhkan kumpulan seperti
kami tubuhkan. Tetapi kenapa kami?

TRANING SECARA PERCUMA sekiranya anda dapat mengikuti sebarang 
kem kami dengan jayanya. Training tak semestinya mesti duduk dan dengar 
ceramah, melalui pengalaman berkomunikasi dengan senior fasilitator, melalui
tugasan yang diberikan, pengalaman dengan peserta pasti anda teruja menjadi
fasilitator. Juga juga juga hahhhh boleh bermula daripada dapur.

Kami pernah berprogram bernama "Fasilitator Enhancement Program" yang
melibatkan pioneer team. Modul kendalian ialah team building, event management
dan juga how to be a great faciltators. 

Kami menghadiri dan mengurus program ini 100% termasuklah memasak makanan
sendiri! Such a great moment for us!

Jadi anda tunggu apa lagi! Jom sertai kami!

https://docs.google.com/forms/d/11v34CFJShM9XxXaxg71ZtlAwyIXXCTm-X3TuieiAuqo/viewform

2iCamp TITAS - Projek Perkhemahan Sehari TITAS Sunway University

Peserta mencecah 900++ orang apabila jumlahnya dikira! Ehem dan akhirnya kami
terpaksa membuat 4 kali kem secara berturut-turut untuk memenuhi pemintaan oleh
pihak Projek Perkhemahan TITAS Sunway University.

Sehari sahaja. Tetapi kepenatan yang kami alami berbaloi-baloi!

Perkhemahan ini bermula 17hb Januari diikuti dengan 18hb Januari dan seterusnya
8hb Februari dan 15hb Februari.

Yeay, bakal berakhir!

InsyAllah projek ini bakal diperkenalkan kepada IPT lain untuk subjek TITAS -
Tamadun Asia dan Tamadun Asia Tenggara.

Tentatif PESERTA
7.00 pagi : Berkumpul di foyer Sunway University
7.30 pagi : Bertolak ke tapak perkhemahan
8.30 pagi : Ketibaan di tapak perkhemahan dan sarapan
9.30 pagi : Amazing race - MODUL nota TITAS
12.30 tengah hari : Makan tengah hari dan berehat!
1.30 petang         : Solat Zohor (Muslim)
2.00 petang         : Latihan Dalam Kumpulan - Bersatu Teguh Bercerai Roboh
3.30 petang         : Penutup
4.30 petang         : Bertolak pulang! Yeay!

Memang best apabila kita diberi pelang untuk bergaul dengan NON-MUSLIM
dan belajar banyak perkara termasuklah budaya mereka. Banyak perbincangan
dilakukan secara peribadi termasuklah hal-hal politik tanah air. Wah, bukan main
galak bersosial dengan membangkitkan perkara sebegini. Itu namanya semangat
 patriotik:).

Kami juga sangat gembira kerana kami mempunyai tema volunteers yang sangat happy go lucky di samping itu mempunyai kemahiran kempimpinan yang sangat AWESOME!

Sangat sangat tabik kepada anda sekalian kerana andalah telah membuat perkhemahan ini sangat AWESOME sekali!

InsyAllah bakal bersama-sama program yang akan datang.

-------
TITAS
2iCamp 2014