Sunday, September 23, 2012

Cuti-cuti Fikir

"Hey, kamu! Kenapa kamu suka menjilat lantai. Tak kira lantai mana kamu jilat. Adakah lantai itu sedap? Kamu tidak tahu ke, lantai itu mengandungi kuman dan bakteria?"

"Aku punya sukalah nak jilat lantai ke hape."

"Adeyh. Saya tidak fahamlah awak ini jenis apa."

"Aku kan kucing. Macam mana ko boleh tak faham aku?"

Adeyh88. Itulah perbualan saya dengan si kucing saya yang saya namakan Kucheng. Adik saya pula namakan dia Kuch. Tetapi umi namakan dia Toletol. TO-LAIR-TOL. Nak sebut macam tuh. Agak kelakar ye di situ.

Di mana saya kesunyian, dia peneman. Di mana saya suka membebel, dialah yang mendengar.ALYAA IS GIVING UP
Bersabarlah Kecheng.

Kucheng. Hobi terbaru dia ialah jilat lantai. Nak kata meniru aksi dalam TV, tidak pula pernah saya lihat aksi sedemikian.

Pernah satu hari saya bertanya pada adik saya. Michiko. *nickname dia*

"Eyh, ain cuba tengok Kucheng tu buat apa? Dia pi cari makanan kat tayar. Ape kehe?"

Ketika membuang masa di halaman rumah dengan mencabut rumput bersama adik. *antara aktiviti cuti sekolah bersama adik*

Kucheng pi hidu tayar tu buat apa? Bukan ada makanan. Siap kes jilat-menjilat di situ.

"Eyh, akak nih. Takkan akak dak tw. Kucheng mana ada akal! Dia kan binatang."

Dush88. Terkena den.

Akal budak kecil pun, SubhanALLAH!

Kucing Tiada Akal

Kucing memang tiada akal. Tapi dia mempunyai perasaan. Perasaan ingin tahu seperti hobi menjilat lantai. Perasaan ingin berdua-duaan seperti geram kemudia bergaduh dan contoh yang lain ialah mengawan. Perasaan sayang seperti menggesek badan di kaki orang. *haish* Nak memanja la tuh!

Bab mengawan nih, tak moh komen panjang. Sumbang mahram pun terjadi apabila si 'son' mengejar si 'mom' untuk mengawan. Hang memang tak betoi!

Binatang memang tak kira mak dia ka, adik dia ka, kakak dia ke, mak cik dia ka, semua dia ti*ai! Apa nak jadi pada hangpa yang manusia ! Hangpa tak tau ka, DOSA BESAQ bila hangpa sumbang mahram. Keji lebih daripada binatang. Depa tak dak akal. Hangpa yang ada akal, apa cerita?
Dalam alQuran, Allah dah pesan pada kita, berkasih sayanglah antara kamu tapi Allah meletakkan batasannya. Janganlah kamu mendekati zina! Sekali lagi Allah berpesan, kamu boleh mendedahkan perhiasan hanya kepada orang tertentu sahaja contohnya ayahmu, saudara lelakimu, ayah kepada ayahmu, ibu kepada ayahmu...dan lain-lain lagi.

Menusia diberi akal untuk berfikir baik buruknya. Bukan setakat ada akal, tapi tak gunakan untuk kebaikan. Ibarat seterika digunakan untuk mengeringkan rambut yang basah. Kan tak betul penggunaan kat situ. Rosak la rambut hangpa nanti. Gunakan seterika itu untuk menggosok baju. Menegangkan baju yang keromot. *Faham tak maksud keromot? Kalau tak faham sahlah keromot itu bahasa jawa <-- haha. Err maksudnya apa ye? Allah, saya tak ingat pula.

Tu komen apa yang berlaku di dunia realiti di sana. Kita yang masih terjaga ini, jaga diri seeloknya. Akhlak yang terbaik adalah akhlak al-Quran. Siapa yang memiliki akhlak sedemikian? ALYAA FEELS HOPE
Rasulullah s.a.w. Seandainya Rasulullah masih berada dengan kita, apakah Rasulullah kecewa? T.T .ALYAA IS SAD

Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahua'alam. Februari 2011.
:>
Alyaa Sakinah Abd Razak
Fasilitator MAC Training dan Paksi Training
Pelajar Monash University Sunway Campus
Tulisan di asrar-sakinah.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

Kem Induksi Fasilitator 2012!!!


Kenapa MAHASISWA perlu menyertai Kem Induksi Fasilitator?

1. Membangunkan potensi diri golongan mahasiswa terutama daripada aspek kepemimpinan diri mahupun organisasi.

2. Menekankan kepentingan Al-Quran ke arah pembentukan kepemimpinan yang mapan.

3. Menggilap kualiti kepemimpinan dan keperibadian mahasiswa melalui aktiviti-aktiviti lasak dan menarik.

4. Menjalin persaudaraan komuniti siswa yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman Islam yang jitu.

5. Mendekatkan diri dengan keindahan alam dan jauh daripada kesibukan kota yang pasti menenangkan hati dan jiwa muda yang bersemangat.

6. Berpeluang merasai pengalaman hidup dalam suasana kampung di samping belajar untuk menjadi insan terbaik






Berita gembira!
Kami menawarkan harga istimewa untuk pendaftaran berkumpulan:

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 5 individu, bayaran bagi setiap peserta hanya RM135 sahaja.

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 6 individu ke atas, bayaran bagi setiap peserta hanya RM120 sahaja.

Sunday, February 12, 2012

Tautan Kasih (14 - 15 Mei 2011)



Balik sahaja dari Tiong Kok, kesibukan sekali lagi melanda diri. Belum pun hilang penat berjalan, sekali lagi sibuk dengan program bersama anak-anak yatim. ”Rumah Amal Limpahan Kasih.” Saya meneruskan harapan hubby yang teringin sekali membuat program bersama anak-anak yatim. Berhempas pulas mencari sumbangan sana sini, dibantu oleh anak-anak didik dan sahabat tersayang, akhirnya Program yang selama ini diidam2kan menjadi kenyataan “Program Tautan Kasih” Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Ilahi di atas rahmat dan kesimpatan yang diberikan.

Para peserta sedang enak menjamu selera.

Hidangan masakan ala kampung- Terbaik dari ladang MAC

Saya juga bersyukur di atas anugerah Ilahi di atas kesudian bekas pelajar saya membantu untuk program ini antaranya daripada IMU-Nurul Sakinah dan Amir Nazri- Monash University- Ikhwan Zubir, Diana, Hazirah, Ashraf dan juga Alyaa Sakinah- KTT- Norela, Siti Nor Ain, Isma Khaldun dan Syazani, Daripada Sunway University- Mohd Safwan Hakim, Asyraf, Hazman Shamil, Amir Aroon dan tak lupa juga Maryam (kak yam).Untuk Sahabat Saya Puan Nadia Yusoff dan suaminya En Mazlan, Puan Nur Salina Yin Abdullah (Ivvone) dan suaminya En Lokman Sabar yang turut sama berganding bahu sehati sejiwa membantu melumaskan misi dan tugas ini. Suami saya en Azid Amat dan pasukannya yang tak pernah mengenal erti penat membantu untuk menyiapkan persiapan untuk program ini berjalan lancar. Tanpa kalian semua pasti mimpi tidak akan menjadi kenyataan. Semoga apa yang kita usahakan mendapat pengiktirafan dari yang Maha Pencipta.

Para faci yang sentiasa tersenyum

Mengenali diri anak-anak yatim ini amat meruntum hati dan perasaan saya. Baru saya tahu tak semua anak-anak yang datang hari ini adalah anak yatim. Ada di antaranya anak terbiar, yang mak dah ayahnya bercerai dan ada juga di antara mereka yang tak tahu nak mana, ada juga di kalangan mereka yang datangnya dari keluarga miskin, iaitu asnaf dan terpaksa tinggal di Rumah Amal Limpahan Kasih kerana ibubapa tak mampu untuk menyara anak mereka. Dan ada di kalangan mereka yang kematian ayah ataupun ibu.

Seorang pelajar saya bertanya kepada saya “ustazah.. bolehkah kita bertanya tentang peribadi mereka? Saya takut mereka terasa dan sedih?”Saya tersenyum dan terdiam seketika. “Sebenarnya mereka sangat memerlukan kasih sayang, dan sangat memerlukan seseorang mendekati mereka. Kalau kita pandai mengambil hati dan mendekati mereka insya Allah mereka akan datang kepada kita. Kita tidak akan mengenali seseorang itu secara dekat sekiranya kita tidak mengetahui asal usul mereka” Saya memberikan jawapan.Pelajar saya menganggukkan kepada tanda setuju.
Saya kesihan melihat mereka.Ada di antara anak-anak ini langsung tidak ada semangat untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh sekiranya program bermula pukul 11.00. Ramai di kalangan mereka masih lagi tidak bergerak dan berjalan perlahan sahaja menuju ke dewan. Tidak macam program2 yang saya kendalikan sebelum ini.. Pantas dan berdisiplin. Begitu juga kalau Faci menyuruh melakukan sesuatu, sangat lambat mereka memberi respon. Tahukah anda mengapa hal Ini terjadi. Kuncinya cuma satu. “Mereka kekurangan kasih sayang”.

Melalui program2 kami yang kami jalankan kami cuba menyemai rasa sayang di dalam diri anak-anak. Tidak ada kekerasan dan tidak ada modul yang menengking dan mengarah sana sini. Bersyukur juga dengan team Faci yang saya ada, Kami bagaikan satu keluarga. Program2 yang kami jalankan mengeratkan hubungan sesama peserta dan juga AJK. Walaupun program kami berbentuk santai , kami cuba menerapkan mesej melalui aktiviti yang kami jalankan. Program ini diramsmikan oleh Ustaz Indera Shahril daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Skill hunt 1- mengajar anak-anak membuat lepat pisang

Skill hunt 2: Mengajar anak-anak mencetak baju

Program kami bermula dengan aktiviti skill-hunt. Anak-anak lelaki diajar print baju. Manakala anak-anak perempuan diajar membuat kuih lepat. Aktiviti ini selain daripada mengajar skill untuk mereka, ia juga merupakan aktiviti untuk membuatkan mereka selesa dengan suasana di situ. Masing-masing bersemangat melakukan aktiviti. Selepas solat asar, aktiviti sukan rakyat dimulakan. Permainan seperti bowling kelapa, susun batu bata dan juga tarik tali bermula selepas itu diakhiri dengan mandi sungai. Anak-anak kelihatan begitu seronok.

Tarik tali: Barisan AJK dan Faci berlawan dengan anak-anak RALK

Anak-anak yang tengah bersemangat

Susun batu bata

Malam persembahan

Aktiviti malam bermula dengan BBQ sosej dan juga roti untuk dimakan bersama stew kambing.Selepas itu diikuti dengan persembahan anak-anak yatim. Faci bertungkus-lumus memberikan tunjuk ajar. Mereka sangat lambat menerima arahan.Berkat kesabaran Faci akhirnya program ini berjaya juga dijalankan. Selepas itu slot motivasi bermula diakhir malam dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ustaz Muas dari ETC, training and Consultancy.

Aktiviti Briskwalk- Mendaki menara Impian

Pagi keesokkan harinya, selepas aktiviti Briskwalk menghirup udara segar di hutan, kami menjalankan aktiviti bertani.Saya sendiri bersama anak-anak memetik cili di tengah panas terik. Peluh menitis membasahi baju. Kami dibakar sinar mentari. “Ustazah! Penatkan jadi seorang Petani” Seorang anak bersuara kepada saya. Saya tersenyum dan menjawab. “ Ya Penat.. sebab itu kita kena bersyukur dengan keadaan kita sekarang, kerana masih lagi mempunyai peluang untuk tidak menjadi petani. Belajar rajin2, dapat markah yang cemerlang, Insya Allah masa depan kita terjamin. Boleh bekerja dalam air-cond dan duduk di atas kerusi empuk.” Sekumpulan anak2 yang mengekori saya mengangguk-anggukan kepala tanda setuju.”Tapi Ustazah tak penat ke buat semua ni?” Tanya mereka lagi. “Kalau kita buat sesuatu biar ada matlamat. Siapa kata tak penat buat kerja tengah-tengah panas macam ni. Ustazah buat sebab nak merasa kehidupan sebagai seorang petani. Betapa penatnya dia orang bekerja, bertungkus lumus mencari rezeki untuk memberi makan pada diri sendiri dan juga orang lain. Kalau kita tidak duduk dalam keadaan dia orang, kita tidak akan merasa susahnya mereka…” Mereka sekali lagi mengangguk-angguk tanda setuju. Jauh di hati saya lega.. ada mesej yang boleh disampaikan kepada mereka.Setelah berpeluh-peluh dengan aktiviti bertani, mereka saya lepaskan untuk mandi sungai dengan dikawal oleh faci masing-masing.

Aktiviti petani: Menjemur cili untuk dibuat cili kering



Anak-anak riang memberi kambing makan



Aktiviti seterusnya adalah slot hati ke hati. Aktiviti mendengar suara hati mereka. Pada mulanya mereka agak malu untuk bercakap. Akhirnya setelah diberi rangsangan mereka akhirnya bercakap juga.Hati saya puas mendalami isi hati mereka, walaupun tak semuanya namun cukup memberikan pengajaran dan teladan kepada saya dan juga faci-faci yang lain.
Akhirnya program kami berakhir ke sesi penutup. Setelah menyampaikan hadiah kepada anak-anak. Kami sama-sama mengalunkan irama nasyid. Walaupun sebentar sahaja program ini, namun banyak yang terkesan dijiwa. SyukurAlhadmulillah di atas pengalaman dan kenangan..


Pn Yazilmiwati bt Yaacob

Rehlah Minda 28 - 30 Oktober 2011


 


Pengalaman pahit manis, suka dan duka selama dua hari melayan keletah anak-anak membuatkan kami tenaga kerja MAC merasa puas. Puas bila melihat anak-anak pulang dengan perasaan ceria dan gembira. Namun terpalit juga kesedihan di hati kami melepaskan anak-anak yang kami didik selama dua hari. Adakah berkesan ilmu yang kami ajar atau mereka akan tinggalkan segalanya di MAC sahaja. Doa kami semoga Allah membuka jalan untuk mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Kami akui anak-anak tidak akan berubah dalam masa dua hari satu malam sahaja...Ada ibubapa yang menghantar anak ke KEM dan berharap anak akan berubah. Itu adalah sesuatu yang mustahil. Proses mendidik anak-anak bukan berlaku dalam masa sehari, sebulan ataupun setahun. Tetapi selama-lamanya. Dan peranan mendidik perlu dimainkan oleh semua pihak.

 

Sekalung tahniah kami ucapkan kepada ibubapa yang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menghantar anak-anak ke MAC. Satu tindakan yang positif sebenarnya. Anda semua adalah parent yang hebat!!!! ramai lagi di luar sana tidak menyedari kepentingan program seperti ini. Mereka sanggup membiarkan masa anak-anak dihabiskan di hadapan komputer, video game, televisyen, bercampur dengan kawan-kawan tanpa pantauan daripada melakukan sesuatu yang positif untuk anak-anak mereka. Sebagai ibubapa kita perlu akui yang anak-anak terutama yang meningkat remaja, penuh dengan tenaga. Mereka tidak tahu ke mana nak digunakan tenaga yang ada sebaik yang mungkin.. Sekiranya tidak disalurkan kepada sesuatu yang positif, maka sudah pasti perkara-perkara negatif akan membelit diri mereka. Maka kesannya akan bertambahlah masalah sosial. Sudah pasti sebagai ibubapa tidak mahu masalah seperti ini berlaku.


Alhamdulillah sepanjang program yang kami jalankan kami terapkan konsep dakwah secara targhib melalui empat unsur penting iaitulah kasih sayang, ketegasan, kegembiraan dan juga penghargaan... Semoga program seperti ini akan memberikan kemanfaatan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa, guru dan juga anak-anak.Insya Allah.


Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT akhirnya kem rehlah minda 2 berjaya hingga ke penghujungnya. Walaupun pada mulanya perasaan kami tenaga kerja MAC sangat cuak dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan, tenaga kerja yang berkurang dan bilangan peserta bertambah di hari-hari terakhir. Namun akhirnya dengan restu dan rahmatNya kem ini berjaya dilaksanakan.


Puan Yazilmiwati