Wednesday, November 28, 2012

KEM FOKUS 5A FASA 2 ! 2012

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum w.b.t semua ^.^/

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berikutan sambutan hangat dari sekolah-sekolah peringkat rendah di sekitar kawasan dan kejayaan yang kami peroleh pada Fasa 1, kami di MAC telah diberi peluang rezeki oleh-Nya untuk mengadakan lagi program yang menerajui misi untuk menjana kecemerlangan pelajar yang bakal menghadapi UPSR iaitu Kem Fokus 5A Fasa 2 tahun 2012.

Syukur dengan limpah kurnia-Nya, kami diberi kekuatan dan semangat untuk menjayakan program ini dan Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan lancar  dan jayanya selama 3 hari 2 malam di MAC training centre, Batangsi, Semenyih.

Kami telah berjaya mencapai objektif kami di dalam membentuk dan menyuntik semangat suka belajar di dalam diri para peserta yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini dan di dalam misi kami untuk menyemai kepercayaan diri dan gantung harap kepada Allah di dalam diri adik2 muda ini.

Program Fokus 5A Fasa 2 pada kali ini telah membawa kelainan dari segi kepelbagaian aktiviti dan kami telah menyediakan modul khas yang lebih mantap untuk para peserta. Alhamdulillah dengan berkat usaha kami, Objektif telah berjaya dicapai dan adik2 telah mendapat ....

Program bermula pada hari jumaat petang di mana para peserta telah berkumpul di Putra Perdana dan kenderaan telah disediakan oleh pihak MAC untuk membawa para peserta ke tapak perkhemahan. Adik-adik yang bakal menyertai kem ini kelihatan sangat excited dan bersemangat malah mereka kerap bertanya kepada saya akan aktiviti yang bakal mereka tempuhi. Kata mereka, mereka sangat teruja kerana ada di antara mereka yang baru pertama kali menyertai program motivasi berkhususkan UPSR seperti ini. Terdapat juga beberapa peserta daripada Fasa 1 yang menyertai lagi program ini berkituan kejayaan program Fasa 1 yang telah kami perolehi.

Semua peserta telah tiba di tapak perkhemahan pada malam hari dan mengerjakan solat jemaah di MAC. Para fasilitator di MAC menyambut kehadiran mereka dengan tangan terbuka dengan niat supaya kami dapat membimbing adik ini untuk terus bersemangat di dalam perjuangan menimba ilmu kerana-Nya. Sesi ice-breaking telah berjalan dengan lancar dan berjaya menimbulkan kemesraan di kalangan adik-adik. Lihatlah betapa comelnya dan tekunnya adik-adik melukis muka mereka sendiri.

Hening pagi Sabtu pada hari kedua bermula dengan laungan azan dari wakil peserta dari kumpulan yang bertugas menyiapkan tempat solat. Setelah mengerjakan solat subuh bersama, para peserta dan fasilitator bersama-sama membaca dan menghayati bacaan Al-Mathuraat beramai-ramai. Semoga hari kami diberkati olehNya, aminn. Hari kedua sangat padat dengan aktiviti menarik. Para peserta .... bagi menyegarkan lagi minda mereka di samping menikmati keindahaan alam semulajadi ciptaanNya di MAC. SubhanAllah, indahnya. Sesi Bahasa Malaysia, Explorace Sains,

Pada malam hari setelah mengerjakan solat maghrib serta isyak secara berjemaah dan setelah selesai makan malam, adik-adik digemparkan dengan aktiviti seterusnya iaitu. 'Night Walk'. Jeng jeng jeng.

Ditemani bintang.

Untuk berjaya dalan kehidupan dunia dan akhirat, kita kena kuatkan diri secara fizikal dan paling penting rohani juga kan? Oleh itu, para fasilitator telah merangka satu aktiviti untuk menggilap tahap kebergantungan adik-adik ini kepada Allah S.W.T, pencipta seluruh alam. Kesihatan rohati dan fikriah yang sihat adalah aman penting dalam membentuk peribadi mukmin yang sentiasa bersemangat mengejar ilmu. Dengan ditemani bintang-bintang yang berkelipan dan bulan yang memancar terang pada malam itu serta rakan persejuangan yang bersama melangkah di sisi, terasa Allah itu sesungguhNya sangat hampir dengan kita. Nilai Islam diterapkan dalam diri adik-adik untuk percaya kepada diri dan yakin bahawasanya pertolongan Allah itu sangat dekat dan Allah Maha Pelindung. Oleh itu para fasilitator telah menerapkan dalam diri adik-adik untuk membaca zikir yang telah diajarkan oleh abang azri di sepanjang trek perjalanan. Alhamdulillah syukur ke-hadrat Ilahi, ianya sangat berkesan. Adik-adik kelihatan amat bergantung harap kepada-Nya dan perasaan takut terhadap perkara lain mula beransur hilang dan memberi keberanian untuk mereka melangkah dan mencapai kejayaan dalam kehidupan akan datang insyALLAH.

Cerita kita mungkin panjang. Namun ilmu yang digarap itu diamalkan sampai akhir hayat!

Monday, November 12, 2012

Kem Remaja Kool 2012

Cuti sekolah datang lagi!!!! Yeay!!!
Mari memanfaatkan cuti sekolah! Dapat jumpa kakak abang yang best! Kawan-kawan yang kool!

Mari melawat link facebook: Kem Remaja Kool 2012


Tentatif program
23 Nov 2012 (Jumaat)
2.00 pm           : Pendaftaran di masjid
3.00 pm           : Briefing dan ice breaking
4.30 pm           : Solat Asar/ Minum Petang
5.00 pm           : Creation of mind
7.00 pm           : Bersiap diri
7.15 pm           : Solat Maghrib / Kultum / Makan Malam
8.30 pm           : Solat Isyak/ Quranic Drilling
10.00 pm         : Night Trekking/ Slot 1: Sujud Hamba
1.00 pm           : Gelombang beta
24 Nov 2012 (Sabtu)
5.45 am           : Solat Subuh
6.30 am           : Senamrobik Riang Ria
7.30 am           : Siap diri/ Quranic Driling
8.30 am           : Sarapan
9.00 am           : Slot 2: Remaja Kool
11.00               : Minum pagi
11.30 am         : LDK 1: Siapa aku?
1.00 pm           : Siap diri/ Solat Zuhur/ Makan Tengahari
2.00 pm           : X-man game!
6.00 pm           : Siap Diri/ Solat Maghrib/ Kultum/ Makan malam
8.30 pm           : Solat Isyak
9.00 pm           : Malam Seni
11.00 pm         : Gelombang beta
25 Nov 2012 (Ahad)
4.00 am           : Siap Diri/ Qiamullail/ Kultum
5.45 am           : Solat Subuh
6.30 am           : Senamrobik Riang Ria
7.30 am           : Siap diri/ Quranic Drilling
8.30 am           : Sarapan Pagi
9.00 am           : Slot 3: Menuntun Sukses di Genggaman
11.00 am         : LDK 2: Bila Aku Berjaya
12.30 pm         : Makan Tengahari / Solat Zuhur
2.00 pm           : Slot Hati ke Hati
3.00 pm           : Majlis Penutup dan bersurai
Nota kaki:
Quranic Drilling (Tilawah + Tadabbur + Hafazan)
Kultum (Kuliah Tujuh Minit)
Hafazan: surah anNas-AdDhuha 

#tentatif berubah mengikut kesesuaian.

Para peserta dikehendaki membawa alQuran beserta terjemahan. Kalau tiada insyALLAH di kem kami ada alQuran untuk dijual :)) Berzip RM35 dan Diary RM43.
 

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN!

Adik-adik yang k00l, sudahkah anda mendaftar??

Kaedah pendaftaran KEM REMAJA KOOL 2012:

1. Sila buat pembayaran ke Maybank atau melalui Maybank 2U (No akaun Maybank MAC Training & Consultancy :562777212288)
Pendaftaran individu: RM150
Pendaftaran berkumpulan (5 orang dan ke atas): RM120 seorang

2. Mesejkan butiran berikut ke nombor telefon Azri: 013-5025210 atau Fadhilah: 013-6490354 atau Alyaa

: 013-7134713 atau mesej ke FB Page KEM REMAJA KOOL 2012
a) Nama penuh
b) Umur
c) Alamat
d) No. telefon
e) Sekolah

3. Sila scan/ambil gambar resit anda dan upload di mesej FB Page KEM REMAJA KOOL 2012.


3. Pendaftaran anda akan disahkan dan sila bawa slip pembayaran pada hari program.


Untuk pendaftaran berkumpulan, sila sekalikan maklumat-maklumat peserta yang terlibat dalam satu mesej sahaja.


Sila pastikan segala butiran lengkap. Terima kasih kami ucapkan daripada team volunteer MAC!

Sunday, September 23, 2012

Cuti-cuti Fikir

"Hey, kamu! Kenapa kamu suka menjilat lantai. Tak kira lantai mana kamu jilat. Adakah lantai itu sedap? Kamu tidak tahu ke, lantai itu mengandungi kuman dan bakteria?"

"Aku punya sukalah nak jilat lantai ke hape."

"Adeyh. Saya tidak fahamlah awak ini jenis apa."

"Aku kan kucing. Macam mana ko boleh tak faham aku?"

Adeyh88. Itulah perbualan saya dengan si kucing saya yang saya namakan Kucheng. Adik saya pula namakan dia Kuch. Tetapi umi namakan dia Toletol. TO-LAIR-TOL. Nak sebut macam tuh. Agak kelakar ye di situ.

Di mana saya kesunyian, dia peneman. Di mana saya suka membebel, dialah yang mendengar.ALYAA IS GIVING UP
Bersabarlah Kecheng.

Kucheng. Hobi terbaru dia ialah jilat lantai. Nak kata meniru aksi dalam TV, tidak pula pernah saya lihat aksi sedemikian.

Pernah satu hari saya bertanya pada adik saya. Michiko. *nickname dia*

"Eyh, ain cuba tengok Kucheng tu buat apa? Dia pi cari makanan kat tayar. Ape kehe?"

Ketika membuang masa di halaman rumah dengan mencabut rumput bersama adik. *antara aktiviti cuti sekolah bersama adik*

Kucheng pi hidu tayar tu buat apa? Bukan ada makanan. Siap kes jilat-menjilat di situ.

"Eyh, akak nih. Takkan akak dak tw. Kucheng mana ada akal! Dia kan binatang."

Dush88. Terkena den.

Akal budak kecil pun, SubhanALLAH!

Kucing Tiada Akal

Kucing memang tiada akal. Tapi dia mempunyai perasaan. Perasaan ingin tahu seperti hobi menjilat lantai. Perasaan ingin berdua-duaan seperti geram kemudia bergaduh dan contoh yang lain ialah mengawan. Perasaan sayang seperti menggesek badan di kaki orang. *haish* Nak memanja la tuh!

Bab mengawan nih, tak moh komen panjang. Sumbang mahram pun terjadi apabila si 'son' mengejar si 'mom' untuk mengawan. Hang memang tak betoi!

Binatang memang tak kira mak dia ka, adik dia ka, kakak dia ke, mak cik dia ka, semua dia ti*ai! Apa nak jadi pada hangpa yang manusia ! Hangpa tak tau ka, DOSA BESAQ bila hangpa sumbang mahram. Keji lebih daripada binatang. Depa tak dak akal. Hangpa yang ada akal, apa cerita?
Dalam alQuran, Allah dah pesan pada kita, berkasih sayanglah antara kamu tapi Allah meletakkan batasannya. Janganlah kamu mendekati zina! Sekali lagi Allah berpesan, kamu boleh mendedahkan perhiasan hanya kepada orang tertentu sahaja contohnya ayahmu, saudara lelakimu, ayah kepada ayahmu, ibu kepada ayahmu...dan lain-lain lagi.

Menusia diberi akal untuk berfikir baik buruknya. Bukan setakat ada akal, tapi tak gunakan untuk kebaikan. Ibarat seterika digunakan untuk mengeringkan rambut yang basah. Kan tak betul penggunaan kat situ. Rosak la rambut hangpa nanti. Gunakan seterika itu untuk menggosok baju. Menegangkan baju yang keromot. *Faham tak maksud keromot? Kalau tak faham sahlah keromot itu bahasa jawa <-- haha. Err maksudnya apa ye? Allah, saya tak ingat pula.

Tu komen apa yang berlaku di dunia realiti di sana. Kita yang masih terjaga ini, jaga diri seeloknya. Akhlak yang terbaik adalah akhlak al-Quran. Siapa yang memiliki akhlak sedemikian? ALYAA FEELS HOPE
Rasulullah s.a.w. Seandainya Rasulullah masih berada dengan kita, apakah Rasulullah kecewa? T.T .ALYAA IS SAD

Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)

Wallahua'alam. Februari 2011.
:>
Alyaa Sakinah Abd Razak
Fasilitator MAC Training dan Paksi Training
Pelajar Monash University Sunway Campus
Tulisan di asrar-sakinah.blogspot.com

Monday, June 25, 2012

Kem Induksi Fasilitator 2012!!!


Kenapa MAHASISWA perlu menyertai Kem Induksi Fasilitator?

1. Membangunkan potensi diri golongan mahasiswa terutama daripada aspek kepemimpinan diri mahupun organisasi.

2. Menekankan kepentingan Al-Quran ke arah pembentukan kepemimpinan yang mapan.

3. Menggilap kualiti kepemimpinan dan keperibadian mahasiswa melalui aktiviti-aktiviti lasak dan menarik.

4. Menjalin persaudaraan komuniti siswa yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman Islam yang jitu.

5. Mendekatkan diri dengan keindahan alam dan jauh daripada kesibukan kota yang pasti menenangkan hati dan jiwa muda yang bersemangat.

6. Berpeluang merasai pengalaman hidup dalam suasana kampung di samping belajar untuk menjadi insan terbaik






Berita gembira!
Kami menawarkan harga istimewa untuk pendaftaran berkumpulan:

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 5 individu, bayaran bagi setiap peserta hanya RM135 sahaja.

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 6 individu ke atas, bayaran bagi setiap peserta hanya RM120 sahaja.