Friday, November 1, 2013

Program SSDS SMK Gombak Setia - 28th Oktober 2013

PROGRAM SAYA SAYANG DIRI SAYA
28 OKTOBER 2013
 
Lokasi:
SMK Gombak Setia

Bilangan peserta:
51 orang Pelajar Puteri SMK Gombak Setia

1. Pendahuluan

Pada 28 Oktober yang lalu, Mujahadah Agro Camp (MAC) Training & Consultancy berasa amat bersyukur atas kejayaan program “Saya Sayang Diri Saya!” bersama-sama 40 orang pelajar puteri Tingkatan 1 dan 2 SMK Gombak Setia. Objektif program ini adalah untuk memberi ruang kepada peserta untuk mengenal diri dan menyayangi diri masing-masing dengan menghargai kelebihan diri yang dimiliki serta berusaha merubah sikap negatif kepada sikap yang positif.

Bagi pihak MAC, kami berbesar hati menerima jemputan kedua untuk mengendalikan program motivasi dan kepimpinan di sekolah ini. Meskipun program mini seminar  ini berlangsung hanya separuh hari, pelbagai input dan aktiviti interaktif dikongsi bersama-sama peserta.



2. Sesi Pengenalan & Ice Breaking

Program ini dimulakan dengan sesi energizer dan ice breaking. Energizer ini dilakukan bukan sahaja sebagai pencetus tenaga dan suasana, malah sebagai simbolik bahawa, setiap kejayaan dan perubahan itu memerlukan kepada gerakan (movement). Sesi ice breaking pula menguji keberanian peserta memperkenalkan diri dan cita-cita mereka dengan gaya tersendiri.


3. Slot Inspirasi: Saya Sayang Diri Saya!

“Apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, apa yang kita BUAT; semua adalah DOA!”.

Demikian pesanan keramat yang disampaikan oleh Pakar Inspirasi MAC Training & Consultancy, Pn. Yazilmiwati Yaacob. Pn. Yazilmiwati, atau lebih mesra dengan panggilan Mama, banyak menekankan kepentingan dan keberanian untuk berimpian serta berkongsi tips untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. Para peserta juga kelihatan sangat teruja mendengar kisah kehidupan mencabar penuh inspirasi yang dilalui oleh Mama sewaktu zaman persekolahannya.



4. Slot LDK: Transformasi Hidup

Slot LDK Transformasi Hidup tidak kurang menariknya. Dalam slot ini, para peserta didedahkan dengan soalan-soalan Transformasi Hidup  yang sangat membuka minda peserta. Pelbagai soalan berkisar tentang kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan, serta impian dan perancangan hidup dibincangkan bersama-sama fasilitator kumpulan masing-masing. Slot ini diakhiri dengan perkongsian daripada empat orang peserta yang berani tampil ke hadapan rakan-rakan seperjuangan mereka untuk berkongsi matlamat dan perancangan transformasi diri masing-masing.


5. Cadangan Penambahbaikan

Bagi pihak MAC, sungguh terasa singkat masa bersama-sama peserta, namun kami amat bersyukur atas peluang dan kejayaan program ini. Antara cadangan penambahbaikan untuk program akan datang:

1. Kami sangat berharap agar tempoh program ini dilanjutkan supaya kami boleh menyelitkan beberapa lagi slot yang kami rasakan amat penting dan bermakna untuk dikongsikan bersama-sama peserta.

2. Lebih menarik lagi jika program seperti ini dijalankan secara bermalam di tapak-tapak perkhemahan atau di tapak MAC sendiri. Dengan ini, pastinya hubungan yang terjalin di antara peserta dan fasilitator akan lebih erat dengan suasana dan pelbagai aktiviti yang menuntut semangat kerjasama dan berpasukan.


6. Penutup
Diharapkan program ini mampu menyuntik semangat baru dalam diri para peserta untuk memperkaya diri mereka dengan akhlak positif dan menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam persekolahan sebagai tiket meniti kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
NORHAZIRAH BINTI NORDIN
PENGARAH PROGRAM SAYA SAYANG DIRI SAYA,
MUJAHADAH AGRO CAMP TRAINING & CONSULTANCY
MODUL KEPIMPINAN RABBANI


KEM KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM


Sasaran

Mahasiswa dan Mahasisiwi Muslim



Objektif

a)        Menekankan konsep kepimpinan dan tanggungjawab kepimpinan dalam diri setiap peserta.

b)        Melahirkan generasi yang cakna terhadap permasalahan ummah sejagat.

c)        Mewujudkan generasi berkeperibadian muslim dan berkepimpinan.


Modul & Aktiviti

Modul 1 :
Tanggungjawab Kepimpinan dari Perspektif Islam

Modul 2 :
Kepimpinan Rasulullah Ikutan Generasi Kini

Modul 3 :
Kenali Potensi Diri : Ujian Personaliti

Modul 4 :
Komunikasi Berkesan Seorang Pemimpin



Hasil Pembelajaran

a)         Melahirkan generasi yang bersedia dan mampu mendepani segala cabaran, mehnah dan tribulasi dunia globalisasi masa kini.

b)         Melahirkan kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pemimpin.

c)         Melahirkan generasi Al-Quran yang dinamik dan menjadi pemimpin masyarakat yang yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.


Pengalaman Program

1.          Pelajar Muslim Sunway dan Monash Universiti dari tahun 2011 hingga kini.



Tuesday, June 4, 2013

Kem Fokus UPSR Fasa 3 2013


Assalamualaikum wbt

In sya Allah, Kem Fokus UPSR 5A Fasa 3 akan berlangsung tidak lama lagi.


Untuk pendaftaran, sila klik SINI

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke FB PAGE MAC

Wasalam

Saturday, January 26, 2013

Program Ekspresi Diri 12 Januari 2013


Alhamdulillah program sehari yang cukup bermakna buat adik-adik dan warga MAC. Sangat best!  Tujuan utama nak memberi semangat kepada adik-adik nak amek exam UPSR 2013. Yelah awal tahun ni masing-masing nak tak nak belajar. Tapi dengan akak-akak dan abang-abang fasi yang best (mostly akan sambung belajar di luar negara dan sebahagian yang lain masih menuntu dalam pengajian sarjana muda..) mereka dapat sesuatu dan kedekatan yang dilakukan itu umpama adik-beradik. Banyak komentar and keinginan untuk datang lagi ke MAC...

"Kakak, nanti ajaklah kami datang lagi..."

"Best la main sungai. Kenapa tak buat lama lagi?"

"Rasa nak tidur sini jer.."



Macam-macam adik-adik ni. Pagi itu, seawal 7 pagi ibu bapa sudah berduyun-duyun datang ke masjid untuk menghantar anak-anak mereka. MashaALLAH, ramai tak terkira! Kagum sebentar. Sebahagian fasi telah ditugaskan untuk AJK pengangkutan, AJK pendaftaran dan tidak kurang juga AJK media. Bersemangat adik-adik ni!

Briskwalk! Menikmati pemandangan alam seawal 8.30 masuk ke MAC. Walau agak jauh, tapi adik-adik ni alhamdulillah kuat dan gagah melatih diri fizikal dan mental untuk menjadi kuat. Checkpoint makan telah disediakan tak jauh dari checkpoint mula berjalan tadi. Seleranya tengok adik-adik ni makan. Yang bestnya mereka makan di tepi sungai!! Menikmati makanan di tepi sungai itu boleh dikatakan piknik!.


Lebih kurang 10.00 pagi kami sediakan aktiviti ice breaking... Maklumlah berlainan sekolah yang datang berjumlah 80 orang ini memang memerlukan aktiviti untuk berkenalan dan berani untuk bersapa! Lagu 'Bukit yang Cantik' mengiringi penutupan sesi ice breaking. Kini aktiviti motivasi daripada fasilitator dimulakan! Khusyuk mendengar sambil beraktiviti. Bukan setakat memberi ceramah, tetapi membaut aktiviti.

antara point penting yang disentuh dalam aktiviti ini ialah
  • Prioriti kita sebagai pelajar, anak dan hamba ALLAH.
  • Masa
  • Tujuan hidup dan belajar!
Seusai makan tengahri dan solat zuhur, ada sesi tazkirah. Tentang GOAL!!!  Beriya-iya adik-adik ni mahu mendengar. Sampai tak cukup ruang menghimpit ke hadapan.


Eksplorasi 5A!! seronok sangat adik-adik ni main lumpur, air, buah limau dan penderaan emosi telah berlaku. Mane taknya asyik kene bebel ngan fasilitator. Hehe. Ke fasilitator yang ada tekanan emosi...? Upss! Adik-adik yang sungguh aktif sentiasa bertanya dan bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam setiap aktiviti. maklumlah lepas tu mandi sungai...





Bila sudah tiba waktunya untuk kembali pulang, ada yang ceria nak balik!!! Ada yang sedih. Ada yang fasi lagaknya seperti artis popular. Abang nak nombor! Akak apa facebook akak? Abang nak bergambar, jom! Kakak dan abang fasi sangat sibuk urus adik-adik ni. Ceria jep!

Ucapan kepada adik-adik yang bakal menempuh UPSR 2013 ini, kami warga MAC mengharapkan bekalan ilmu dan pengalaman untuk adik-adik aplikasikan semasa dalam proses ke arah kecemerlangan itu. Ingat ye, kejayaan itu bukan terletak kepada result peperiksaaan UPSR sahaja, malah sikap kita sebagai seorang pelajar yang ingin dan nak berjaya itu penting!! Apa-apa dugaan sekalipun, tempuhi dengan matang dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu! Moga adik-adik menjadi seorang yang berjaya dari segi akhlak dan akademik; dan memberi kebanggaan kepada ibu dan ayah sekarang dan akan datang! Ameen.