Friday, November 1, 2013

MODUL KEPIMPINAN RABBANI


KEM KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM


Sasaran

Mahasiswa dan Mahasisiwi Muslim



Objektif

a)        Menekankan konsep kepimpinan dan tanggungjawab kepimpinan dalam diri setiap peserta.

b)        Melahirkan generasi yang cakna terhadap permasalahan ummah sejagat.

c)        Mewujudkan generasi berkeperibadian muslim dan berkepimpinan.


Modul & Aktiviti

Modul 1 :
Tanggungjawab Kepimpinan dari Perspektif Islam

Modul 2 :
Kepimpinan Rasulullah Ikutan Generasi Kini

Modul 3 :
Kenali Potensi Diri : Ujian Personaliti

Modul 4 :
Komunikasi Berkesan Seorang Pemimpin



Hasil Pembelajaran

a)         Melahirkan generasi yang bersedia dan mampu mendepani segala cabaran, mehnah dan tribulasi dunia globalisasi masa kini.

b)         Melahirkan kefahaman yang jelas tentang tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pemimpin.

c)         Melahirkan generasi Al-Quran yang dinamik dan menjadi pemimpin masyarakat yang yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.


Pengalaman Program

1.          Pelajar Muslim Sunway dan Monash Universiti dari tahun 2011 hingga kini.



Tuesday, June 4, 2013

Kem Fokus UPSR Fasa 3 2013


Assalamualaikum wbt

In sya Allah, Kem Fokus UPSR 5A Fasa 3 akan berlangsung tidak lama lagi.


Untuk pendaftaran, sila klik SINI

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke FB PAGE MAC

Wasalam

Saturday, January 26, 2013

Program Ekspresi Diri 12 Januari 2013


Alhamdulillah program sehari yang cukup bermakna buat adik-adik dan warga MAC. Sangat best!  Tujuan utama nak memberi semangat kepada adik-adik nak amek exam UPSR 2013. Yelah awal tahun ni masing-masing nak tak nak belajar. Tapi dengan akak-akak dan abang-abang fasi yang best (mostly akan sambung belajar di luar negara dan sebahagian yang lain masih menuntu dalam pengajian sarjana muda..) mereka dapat sesuatu dan kedekatan yang dilakukan itu umpama adik-beradik. Banyak komentar and keinginan untuk datang lagi ke MAC...

"Kakak, nanti ajaklah kami datang lagi..."

"Best la main sungai. Kenapa tak buat lama lagi?"

"Rasa nak tidur sini jer.."



Macam-macam adik-adik ni. Pagi itu, seawal 7 pagi ibu bapa sudah berduyun-duyun datang ke masjid untuk menghantar anak-anak mereka. MashaALLAH, ramai tak terkira! Kagum sebentar. Sebahagian fasi telah ditugaskan untuk AJK pengangkutan, AJK pendaftaran dan tidak kurang juga AJK media. Bersemangat adik-adik ni!

Briskwalk! Menikmati pemandangan alam seawal 8.30 masuk ke MAC. Walau agak jauh, tapi adik-adik ni alhamdulillah kuat dan gagah melatih diri fizikal dan mental untuk menjadi kuat. Checkpoint makan telah disediakan tak jauh dari checkpoint mula berjalan tadi. Seleranya tengok adik-adik ni makan. Yang bestnya mereka makan di tepi sungai!! Menikmati makanan di tepi sungai itu boleh dikatakan piknik!.


Lebih kurang 10.00 pagi kami sediakan aktiviti ice breaking... Maklumlah berlainan sekolah yang datang berjumlah 80 orang ini memang memerlukan aktiviti untuk berkenalan dan berani untuk bersapa! Lagu 'Bukit yang Cantik' mengiringi penutupan sesi ice breaking. Kini aktiviti motivasi daripada fasilitator dimulakan! Khusyuk mendengar sambil beraktiviti. Bukan setakat memberi ceramah, tetapi membaut aktiviti.

antara point penting yang disentuh dalam aktiviti ini ialah
  • Prioriti kita sebagai pelajar, anak dan hamba ALLAH.
  • Masa
  • Tujuan hidup dan belajar!
Seusai makan tengahri dan solat zuhur, ada sesi tazkirah. Tentang GOAL!!!  Beriya-iya adik-adik ni mahu mendengar. Sampai tak cukup ruang menghimpit ke hadapan.


Eksplorasi 5A!! seronok sangat adik-adik ni main lumpur, air, buah limau dan penderaan emosi telah berlaku. Mane taknya asyik kene bebel ngan fasilitator. Hehe. Ke fasilitator yang ada tekanan emosi...? Upss! Adik-adik yang sungguh aktif sentiasa bertanya dan bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam setiap aktiviti. maklumlah lepas tu mandi sungai...





Bila sudah tiba waktunya untuk kembali pulang, ada yang ceria nak balik!!! Ada yang sedih. Ada yang fasi lagaknya seperti artis popular. Abang nak nombor! Akak apa facebook akak? Abang nak bergambar, jom! Kakak dan abang fasi sangat sibuk urus adik-adik ni. Ceria jep!

Ucapan kepada adik-adik yang bakal menempuh UPSR 2013 ini, kami warga MAC mengharapkan bekalan ilmu dan pengalaman untuk adik-adik aplikasikan semasa dalam proses ke arah kecemerlangan itu. Ingat ye, kejayaan itu bukan terletak kepada result peperiksaaan UPSR sahaja, malah sikap kita sebagai seorang pelajar yang ingin dan nak berjaya itu penting!! Apa-apa dugaan sekalipun, tempuhi dengan matang dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu! Moga adik-adik menjadi seorang yang berjaya dari segi akhlak dan akademik; dan memberi kebanggaan kepada ibu dan ayah sekarang dan akan datang! Ameen.

Tuesday, December 11, 2012

Kem Fokus 5A 2013: 12-14 April 2013








Borang pendaftaran sila klik di sini

12 April 2013 (JUMAAT)

Masa
Program
3.00 pm
Peserta berkumpul di Masjid Kampung Pasir
Minum petang
 4.00 pm
Chit chat MAC!
4.30 pm
Solat Asar
5.00 pm
Bergerak ke MAC
5.30 pm
Taklimat
6.00 pm
Ice breaking
6.30 pm
Hemat diri
7.00 pm
Dinner time!
7.25 pm
Solat maghrib / Chit chat MAC
8.00 pm
Aktiviti kerohanian – Qurannic drilling
8.40 pm
Solat Isya’
9.00 pm
Replacement test
9.30 pm
Tweet tweet night
10.00 pm
Night walk
11.30 pm
Minum Malam / tidur

 13 April 2013 (SABTU)

Masa
Program
5.15 am
Qiamullail
6.08 am
Solat subuh dan ma’thurat
6.40 am
Super Robik!
7.00 am 
Hemat diri dan sarapan
8.00 am
Solat Dhuha / Chit chat MAC
8.30 am
Slot 1 – Fokus Subjek
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
Slot 2 – Fokus Subjek
1.00 pm
Makan tengahari / Solat Zohor
2.00  pm               
Slot 3 – Fokus Subjek                                           
4.00  pm
Minum petang / Solat asar          
5.10 pm
Sukan Rakyat
6.30 pm
Hemat diri
7.00 pm
Makan malam
7.25 pm
Solat maghrib / Chit chat MAC
8.00 pm
Dinner time! / Solat Isyak
9.00 pm
Slot motivasi
11.30 pm
Minum malam / tidur

 14 April 2013 (AHAD)

Masa
Program
5.15 am
Qiamullail
6.08 am
Solat subuh dan ma’thurat / Quranic drilling
6.40 am
Super Robik!
7.00 am 
Hemat diri dan sarapan pagi
8.00 am
Solat Dhuha / Chit chat MAC
8.30 am
Slot 4 – Fokus Subjek
10.30 am
Minum pagi
10.45 am
Explorace 5A!
12.45 pm
Siap diri / makan tengahari
1.30 pm
Solat zohor
2.00 pm
Tweet hati ke hati
3.00 pm
Penutup
4.00 pm
Bersurai

*Perubahan tentatif tertaluk kepada penganjur.

Friday, November 30, 2012

Sajak : Untukmu anak-anak Palestine



Untukmu anak-anak Palestine
Anak-anakku..
Pernahkah kita terfikir jika suatu hari nanti
Kita kehilangan orang yang kita sayang
Kita kehilangan ayah
Kita kehilangan ibu
Kita kehilangan abang
Kita kehilangan adik
Pastinya kita tak mampu menghadapinya dalam sekelip mata.

Anak-anakku
Cuba kita bayangkan nasib sahabat-sahabat kita
Saudara seislam kita di bumi Palestine
Mereka sentiasa dalam ketakutan
Mereka sentiasa kelaparan
Mereka sentiasa kehilangan
Mereka menangis kesakitan
“Ibu tolong saya ibu, saya sakit, saya lapar ibu, saya dahaga..”
“Mana ibu saya, Mana ayah saya, mana abang saya, mana kakak saya..”
“kepala saya berdarah, tangan saya luka, kaki saya tiada, muka saya cacat….”
“Saya terkena bedilan Zionist. Saya sakit ibu, tolong saya ibu.. saya sakit..”
“Saya sakit Ya Allah…”

Anak-anakku
Tak kala kita sedang menyuapkan makanan yang enak-enak ke mulut.
Anak-anak Palestine menangis kelaparan
Takkala kita dibelai ayah dan ibu tercinta
Anak-anak Palestine menangis kehilangan
Takkala kita sedang seronok bercuti
Anak-anak Palestine sedang meraung kesakitan
Takkala kita menghabiskan masa sia-sia
Anak- anak Palestine berjuang mengangkat senjata

Anak-anakku
Anak-anak Palestine tidak ada talian telefon
Sedang kita punya handphone yang cangih-cangih
Anak-anak Palestine tidak ada tempat untuk belajar
Sedang kita sekolah kita besar dan cantik
Anak-anak Palestine tidak ada tempat untuk berhibur
Sedang kita hiburan di merata tempat
Anak-anak kita tidak kenal wang ringgit
Sedang kita hidup bermewah-mewah
Anak-anak Palestine hidupnya dalam ketakutan
Rumah mereka hancur di bom
Musnah terkena peluru berpandu
Semakin hari semakin ramai jiwa yang syahid
Sedang kita bersuka ria, menghabiskan masa.

Allahu akhbar, Allahu Akhbar, Allahu akhbar
Ya Allah Ya Tuhan kami
Betapa besarnya ujianMu terhadap anak-anak Palestine
Kesucian Masjidil Aqsa dan BaitulMaqdis
Terus menerus dirobek kejam oleh Yahudi
Bumi Anbiyak menjadi medan kekejaman Israel

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Selamatkanlah bumi Palestine Ya Allah
Selamatkanlah bumi Palestine Ya Allah
Selamatkanlah Ghaza Ya Allah
Selamatkanlah Ghaza Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Janganlah Engkau bebani rakyat Palestine
Dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung mereka

Ya Allah Ya Tuhan kami
Janganlah Engkau pikulkan kepada mereka
Apa yang tidak sanggup mereka pikul.
Maafkan kami wahai Allah
Seandainya kami lupa kepada saudara kami di Palestine
Ampunilah  kami dan rahmatilah kami
Engkau pelindung kami dan rakyat Palestine
Bantulah kami untuk membantu rakyat Palestine
Walaupun hanya sekelumit doa
Di penghujung sujud kami kepadaMU..

Nukilan Rasa:
Yazilmiwati Yaacob
“Malam Kesenian kem Remaja Kool 2012”
24 November 2012