Tuesday, November 26, 2013

PROGRAM MUJAHADAH SUMMER CAMP 22-24 NOVEMBER 2013


Alhamdulillah segala puji hanya selayaknya untuk Dia, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami baru sahaja habis berporgram di  Mujahadah Agro Camp (MAC),  Program Mujahadah Summer Camp untuk anak-anak yang  berusia dari 8 hingga 16 tahun. Balik sahaja dari program ada yang sampai tak lalu nak makan sebab rindukan suasana kem. Masya Allah..secara jujurnya saya dapat merasakan jiwa anak-anak ini sebenarnya kosong dan memerlukan kepada sesuatu yang positif untuk diisi. Bukan gajet, bukan kemewahan, bukan melancung di tempat yang penuh sesak dengan orang ramai di waktu ini dan lagi teruk anak-anak dikurung di dalam rumah batu dan hanya dibenarkan bermain di dalam pagar rumah sahaja, sedangkan ayah dan ibu sibuk bekerja. Anak-anak sebenarnya memerlukan ketenangan, perhatian dan kasih sayang. Di sini, di program ini.. anak-anak diisi dengan pelbagai aktiviti positif. Solat berjemaah, mengaji al-Quran bersama, makan bersama, belajar bersama, bermain bersama dan tidur bersama. Pendek kata segala aktiviti dilakukan bersama dengan perasaan penuh riang, ceria dan gembira. Oleh sebab itulah, team fasilitator MAC, tak pernah penat melayan kerenah adik-adik mereka yang dianggap seperti adik-adik sendiri, melayan adik-adik peserta dengan penuh ceria, gembira dan kasih sayang... Kepada ibubapa yang mencari aktiviti berfaedah untuk diisi di waktu cuti sekolah. Jom asah minda dan bakat anak-anak ke program Mujahadah Summer Camp II.. Insya Allah anak-anak akan merasa seronok, gembira, bermotivasi, bertambah imannya dan awesome!!!!

Salah satu menu Program : Pulut Durian


Bersama kak Hazirah yang penyayang

Bersama kak Syah dan Kak Miti

Bergambar dengan abang wan, abang azri dan abang acap yang awesome!!!!

Senaman apa yang dia orang buat ni

Akak saya tak fahamlah kak

Bergambar bersama para peserta

Rajinnya adik-adik ni bekerja

Mandi sungai Yahoo!!!!!!

Serius nampak dik..


Sunday, November 10, 2013

Program Mini MAC Super A++, salah satu tanggungjawab sosial kami

Hidup ini sangat indah dengan memberi. Salah satu usaha murni  team Fasilitator Mujahadah Agro Camp (MAC), untuk memberi kepada masyarakat sempena  cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi. Program FREE selama sebulan. 

Program berbentuk ONLINE tuisyen kepada adik-adik yang bakal menduduki exam besar tahun hadapan seperti UPSR, sukatan PBS tingkatan 3 dan SPM. Program ini selari dengan sistem Pentaksiran berasaskan sekolah. Melalui sistem ini adik-adik akan mendapat e-nota, e-latihan dan e-quiz dengan dibantu oleh mentor-mentor yang berpengalaman, di akhir program ini adik-adik akan dapat program motvasi percuma dari pihak Mujahadah Agro Camp Tranning and Consultancy. Free tu! sapa nak bagi?

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk mendaftar adik-adik hanya perlu ada akaun Facebook, dan mesej butiran berikut kepada no Phone yang tertera di poster di bawah:

1. Nama
2. Sekolah
3. Jenis peperiksaan (UPSR, PBS tngkatan 3, Tktn 5 aliran sains atau akaun)
4. No akaun FB.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom daftar sekarang!!!




Friday, November 1, 2013

Program SSDS SMK Gombak Setia - 28th Oktober 2013

PROGRAM SAYA SAYANG DIRI SAYA
28 OKTOBER 2013
 
Lokasi:
SMK Gombak Setia

Bilangan peserta:
51 orang Pelajar Puteri SMK Gombak Setia

1. Pendahuluan

Pada 28 Oktober yang lalu, Mujahadah Agro Camp (MAC) Training & Consultancy berasa amat bersyukur atas kejayaan program “Saya Sayang Diri Saya!” bersama-sama 40 orang pelajar puteri Tingkatan 1 dan 2 SMK Gombak Setia. Objektif program ini adalah untuk memberi ruang kepada peserta untuk mengenal diri dan menyayangi diri masing-masing dengan menghargai kelebihan diri yang dimiliki serta berusaha merubah sikap negatif kepada sikap yang positif.

Bagi pihak MAC, kami berbesar hati menerima jemputan kedua untuk mengendalikan program motivasi dan kepimpinan di sekolah ini. Meskipun program mini seminar  ini berlangsung hanya separuh hari, pelbagai input dan aktiviti interaktif dikongsi bersama-sama peserta.



2. Sesi Pengenalan & Ice Breaking

Program ini dimulakan dengan sesi energizer dan ice breaking. Energizer ini dilakukan bukan sahaja sebagai pencetus tenaga dan suasana, malah sebagai simbolik bahawa, setiap kejayaan dan perubahan itu memerlukan kepada gerakan (movement). Sesi ice breaking pula menguji keberanian peserta memperkenalkan diri dan cita-cita mereka dengan gaya tersendiri.


3. Slot Inspirasi: Saya Sayang Diri Saya!

“Apa yang kita FIKIR, apa yang kita RASA, apa yang kita CAKAP, apa yang kita BUAT; semua adalah DOA!”.

Demikian pesanan keramat yang disampaikan oleh Pakar Inspirasi MAC Training & Consultancy, Pn. Yazilmiwati Yaacob. Pn. Yazilmiwati, atau lebih mesra dengan panggilan Mama, banyak menekankan kepentingan dan keberanian untuk berimpian serta berkongsi tips untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. Para peserta juga kelihatan sangat teruja mendengar kisah kehidupan mencabar penuh inspirasi yang dilalui oleh Mama sewaktu zaman persekolahannya.



4. Slot LDK: Transformasi Hidup

Slot LDK Transformasi Hidup tidak kurang menariknya. Dalam slot ini, para peserta didedahkan dengan soalan-soalan Transformasi Hidup  yang sangat membuka minda peserta. Pelbagai soalan berkisar tentang kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan, serta impian dan perancangan hidup dibincangkan bersama-sama fasilitator kumpulan masing-masing. Slot ini diakhiri dengan perkongsian daripada empat orang peserta yang berani tampil ke hadapan rakan-rakan seperjuangan mereka untuk berkongsi matlamat dan perancangan transformasi diri masing-masing.


5. Cadangan Penambahbaikan

Bagi pihak MAC, sungguh terasa singkat masa bersama-sama peserta, namun kami amat bersyukur atas peluang dan kejayaan program ini. Antara cadangan penambahbaikan untuk program akan datang:

1. Kami sangat berharap agar tempoh program ini dilanjutkan supaya kami boleh menyelitkan beberapa lagi slot yang kami rasakan amat penting dan bermakna untuk dikongsikan bersama-sama peserta.

2. Lebih menarik lagi jika program seperti ini dijalankan secara bermalam di tapak-tapak perkhemahan atau di tapak MAC sendiri. Dengan ini, pastinya hubungan yang terjalin di antara peserta dan fasilitator akan lebih erat dengan suasana dan pelbagai aktiviti yang menuntut semangat kerjasama dan berpasukan.


6. Penutup
Diharapkan program ini mampu menyuntik semangat baru dalam diri para peserta untuk memperkaya diri mereka dengan akhlak positif dan menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam persekolahan sebagai tiket meniti kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
NORHAZIRAH BINTI NORDIN
PENGARAH PROGRAM SAYA SAYANG DIRI SAYA,
MUJAHADAH AGRO CAMP TRAINING & CONSULTANCY