Alhamdulillah segala puji hanya selayaknya untuk Dia, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kami baru sahaja habis berporgram di Mujahadah Agro Camp (MAC), Program Mujahadah Summer Camp untuk anak-anak yang berusia dari 8 hingga 16 tahun. Balik sahaja dari program ada yang sampai tak lalu nak makan sebab rindukan suasana kem. Masya Allah..secara jujurnya saya dapat merasakan jiwa anak-anak ini sebenarnya kosong dan memerlukan kepada sesuatu yang positif untuk diisi. Bukan gajet, bukan kemewahan, bukan melancung di tempat yang penuh sesak dengan orang ramai di waktu ini dan lagi teruk anak-anak dikurung di dalam rumah batu dan hanya dibenarkan bermain di dalam pagar rumah sahaja, sedangkan ayah dan ibu sibuk bekerja. Anak-anak sebenarnya memerlukan ketenangan, perhatian dan kasih sayang. Di sini, di program ini.. anak-anak diisi dengan pelbagai aktiviti positif. Solat berjemaah, mengaji al-Quran bersama, makan bersama, belajar bersama, bermain bersama dan tidur bersama. Pendek kata segala aktiviti dilakukan bersama dengan perasaan penuh riang, ceria dan gembira. Oleh sebab itulah, team fasilitator MAC, tak pernah penat melayan kerenah adik-adik mereka yang dianggap seperti adik-adik sendiri, melayan adik-adik peserta dengan penuh ceria, gembira dan kasih sayang... Kepada ibubapa yang mencari aktiviti berfaedah untuk diisi di waktu cuti sekolah. Jom asah minda dan bakat anak-anak ke program Mujahadah Summer Camp II.. Insya Allah anak-anak akan merasa seronok, gembira, bermotivasi, bertambah imannya dan awesome!!!!
Salah satu menu Program : Pulut Durian |
Bersama kak Hazirah yang penyayang |
Bersama kak Syah dan Kak Miti |
Bergambar dengan abang wan, abang azri dan abang acap yang awesome!!!! |
Senaman apa yang dia orang buat ni |
Akak saya tak fahamlah kak |
Bergambar bersama para peserta |
Rajinnya adik-adik ni bekerja |
Mandi sungai Yahoo!!!!!! |
Serius nampak dik.. |
No comments:
Post a Comment