Tuesday, December 11, 2012

Kem Fokus 5A 2013: 12-14 April 2013








Borang pendaftaran sila klik di sini

12 April 2013 (JUMAAT)

Masa
Program
3.00 pm
Peserta berkumpul di Masjid Kampung Pasir
Minum petang
 4.00 pm
Chit chat MAC!
4.30 pm
Solat Asar
5.00 pm
Bergerak ke MAC
5.30 pm
Taklimat
6.00 pm
Ice breaking
6.30 pm
Hemat diri
7.00 pm
Dinner time!
7.25 pm
Solat maghrib / Chit chat MAC
8.00 pm
Aktiviti kerohanian – Qurannic drilling
8.40 pm
Solat Isya’
9.00 pm
Replacement test
9.30 pm
Tweet tweet night
10.00 pm
Night walk
11.30 pm
Minum Malam / tidur

 13 April 2013 (SABTU)

Masa
Program
5.15 am
Qiamullail
6.08 am
Solat subuh dan ma’thurat
6.40 am
Super Robik!
7.00 am 
Hemat diri dan sarapan
8.00 am
Solat Dhuha / Chit chat MAC
8.30 am
Slot 1 – Fokus Subjek
10.30 am
Minum pagi
11.00 am
Slot 2 – Fokus Subjek
1.00 pm
Makan tengahari / Solat Zohor
2.00  pm               
Slot 3 – Fokus Subjek                                           
4.00  pm
Minum petang / Solat asar          
5.10 pm
Sukan Rakyat
6.30 pm
Hemat diri
7.00 pm
Makan malam
7.25 pm
Solat maghrib / Chit chat MAC
8.00 pm
Dinner time! / Solat Isyak
9.00 pm
Slot motivasi
11.30 pm
Minum malam / tidur

 14 April 2013 (AHAD)

Masa
Program
5.15 am
Qiamullail
6.08 am
Solat subuh dan ma’thurat / Quranic drilling
6.40 am
Super Robik!
7.00 am 
Hemat diri dan sarapan pagi
8.00 am
Solat Dhuha / Chit chat MAC
8.30 am
Slot 4 – Fokus Subjek
10.30 am
Minum pagi
10.45 am
Explorace 5A!
12.45 pm
Siap diri / makan tengahari
1.30 pm
Solat zohor
2.00 pm
Tweet hati ke hati
3.00 pm
Penutup
4.00 pm
Bersurai

*Perubahan tentatif tertaluk kepada penganjur.

Friday, November 30, 2012

Sajak : Untukmu anak-anak Palestine



Untukmu anak-anak Palestine
Anak-anakku..
Pernahkah kita terfikir jika suatu hari nanti
Kita kehilangan orang yang kita sayang
Kita kehilangan ayah
Kita kehilangan ibu
Kita kehilangan abang
Kita kehilangan adik
Pastinya kita tak mampu menghadapinya dalam sekelip mata.

Anak-anakku
Cuba kita bayangkan nasib sahabat-sahabat kita
Saudara seislam kita di bumi Palestine
Mereka sentiasa dalam ketakutan
Mereka sentiasa kelaparan
Mereka sentiasa kehilangan
Mereka menangis kesakitan
“Ibu tolong saya ibu, saya sakit, saya lapar ibu, saya dahaga..”
“Mana ibu saya, Mana ayah saya, mana abang saya, mana kakak saya..”
“kepala saya berdarah, tangan saya luka, kaki saya tiada, muka saya cacat….”
“Saya terkena bedilan Zionist. Saya sakit ibu, tolong saya ibu.. saya sakit..”
“Saya sakit Ya Allah…”

Anak-anakku
Tak kala kita sedang menyuapkan makanan yang enak-enak ke mulut.
Anak-anak Palestine menangis kelaparan
Takkala kita dibelai ayah dan ibu tercinta
Anak-anak Palestine menangis kehilangan
Takkala kita sedang seronok bercuti
Anak-anak Palestine sedang meraung kesakitan
Takkala kita menghabiskan masa sia-sia
Anak- anak Palestine berjuang mengangkat senjata

Anak-anakku
Anak-anak Palestine tidak ada talian telefon
Sedang kita punya handphone yang cangih-cangih
Anak-anak Palestine tidak ada tempat untuk belajar
Sedang kita sekolah kita besar dan cantik
Anak-anak Palestine tidak ada tempat untuk berhibur
Sedang kita hiburan di merata tempat
Anak-anak kita tidak kenal wang ringgit
Sedang kita hidup bermewah-mewah
Anak-anak Palestine hidupnya dalam ketakutan
Rumah mereka hancur di bom
Musnah terkena peluru berpandu
Semakin hari semakin ramai jiwa yang syahid
Sedang kita bersuka ria, menghabiskan masa.

Allahu akhbar, Allahu Akhbar, Allahu akhbar
Ya Allah Ya Tuhan kami
Betapa besarnya ujianMu terhadap anak-anak Palestine
Kesucian Masjidil Aqsa dan BaitulMaqdis
Terus menerus dirobek kejam oleh Yahudi
Bumi Anbiyak menjadi medan kekejaman Israel

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Selamatkanlah bumi Palestine Ya Allah
Selamatkanlah bumi Palestine Ya Allah
Selamatkanlah Ghaza Ya Allah
Selamatkanlah Ghaza Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Janganlah Engkau bebani rakyat Palestine
Dengan bebanan yang tidak mampu ditanggung mereka

Ya Allah Ya Tuhan kami
Janganlah Engkau pikulkan kepada mereka
Apa yang tidak sanggup mereka pikul.
Maafkan kami wahai Allah
Seandainya kami lupa kepada saudara kami di Palestine
Ampunilah  kami dan rahmatilah kami
Engkau pelindung kami dan rakyat Palestine
Bantulah kami untuk membantu rakyat Palestine
Walaupun hanya sekelumit doa
Di penghujung sujud kami kepadaMU..

Nukilan Rasa:
Yazilmiwati Yaacob
“Malam Kesenian kem Remaja Kool 2012”
24 November 2012

Wednesday, November 28, 2012

Kool Habis!

Habis sudah Kem Remaja Kool 2012~
Penangan yang takkan pernah habis pada akak-akak dan abang-abang fasi dengan karenah adik-adik yang kool. Habis kem ada yang tersenyum, tergelak bila teringat kem tempoh hari. Alhamdulillah.

Sampai-sampai melihat wajah kelat adik-adik di Masjid Paser Puteh. Kena buat sesuatu. Senyum :) Satu perkara bila kita buat kat orang, orang lain akan senyum kembali. Alahai comelnya adik-adik ni. Dalam hati dup dap bila program ni bermula. Kan! Mulalah perjalanan adik-adik ke kem.

Dalam hati adik-adik ada yang meluahkan,
"Ya  Allah nak ke mana pulak diorang bawak aku."
"Ya Allah selamatkanlah aku dari sebarang bencana."

Yelah. Masuk jalan seram. 5km plak tuh. Mana tak cuak kan adik-adik. Hihi. Sungguh, perjalanan yang dikelilingi daun-daun, air sungai sepanjang perjalanan mampu membuatkan kita segar. Sihat dari pandangan mata. Jauh dari porak peranda manusia di celah-celah kotak-kotak buatan manusia. Kita di sana. Dekat dengan Allah. Dia yang menciptakan kita. Kita beribadah. Kita mentadbir ummat kemudian. Itu yang diajarkan malam itu. 2 perkara matlamat hidup. Sungguh-sungguh kak fadhilah terangkan. Harap ingat dan amal sampai bila-bila dan di mana jua adik berada.


Malam itu night walk. Berdebar menanti seram. Berjalan seorang diri. Pengalaman baru buat adik-adik. Bagi akak-akak dan abang-abang fasi terkadang kami tergelak kecil, berzikir macam nak azan sepanjang jalan. Hihi. Zikir itu adalah sebaiknya di mana kebergantungan kita kepada Allah sangat kuat. Perkataan yang baik lahir dari bicara akan mengalir jua sikap dan akhlak yang baik :)

Esok..esok..esok ada pula???

Hujan!!! No worries. Walau kita tak menjelajah hutan, kita tetap menjelajah seluruh MAC. Belajar apa ye? Belajar bab fikah. Solat yang betul. Wudhu yang betul. Yang paling penting ikut sunnah Nabi kita :) Lagi2! Kita belajar siap ada demo untuk bahagian hadas kecil dan hadas besar. Eyh, adik-adik terlupa satu slot yang paling.................... penting! Slot ekspresi diri bersama mama! Adik dah ada matlamat hidup? Tentulah. Bila sudah ada matlamat hidup, cara hidup perlu bersesuaian. Ubah daripada negatif kepada positif. Yang suka buli adik, lepas ni sayang adik. Yang suka lepak dengan kawan-kawan, lepas ni habiskan masa lepak dengan mak bapak! Yang suka ngadap tv dan laptop lepas ni suka ngadap alQuran! Hokeh hadek-hadek! Prioriti masa kita kena betul.

Malam seni yang sangat kool! Kebabom kebabom semua persembahan. Lakonan berdasarkan cerita dalam alQuran. Ada yang mengisahkan Nabi Ibrahim. Seorang pemuda yang bijak akalnya. Lagi2.. kisah Nabi Yusuf pun ada. Persembahan tentang Ghaza. Persembahan yang agak memberangsangkan bila melibatkan adik-adik kecil ini. Anak-anak palestin dan tentera zionis yang kejam. Melakukan perkara yang tidak berperikemanusiaan. Sanggup gadai nyawa manusia semata-mata tanah yang ingin diduduki. Yahudi zionis laknatullah!!!

Apabila dikejutkan Qiam. Ahh liatnya. Sudah penat kami kira adik-adik ni. Hari terakhir. Hari perpisahan. Walau ada bercucuran air mata ini mengalir, namun kelak masa kita berjumpa lagi.

Kumpulan terbaik Ice Kool!
Peserta terbaik: Irfan Rusyaidi dan Irdina

Bercabang-cabang gunung didaki
Kunjungan adik tetap kami nanti

KEM FOKUS 5A FASA 2 ! 2012

Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum w.b.t semua ^.^/

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, berikutan sambutan hangat dari sekolah-sekolah peringkat rendah di sekitar kawasan dan kejayaan yang kami peroleh pada Fasa 1, kami di MAC telah diberi peluang rezeki oleh-Nya untuk mengadakan lagi program yang menerajui misi untuk menjana kecemerlangan pelajar yang bakal menghadapi UPSR iaitu Kem Fokus 5A Fasa 2 tahun 2012.

Syukur dengan limpah kurnia-Nya, kami diberi kekuatan dan semangat untuk menjayakan program ini dan Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan lancar  dan jayanya selama 3 hari 2 malam di MAC training centre, Batangsi, Semenyih.

Kami telah berjaya mencapai objektif kami di dalam membentuk dan menyuntik semangat suka belajar di dalam diri para peserta yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada tahun ini dan di dalam misi kami untuk menyemai kepercayaan diri dan gantung harap kepada Allah di dalam diri adik2 muda ini.

Program Fokus 5A Fasa 2 pada kali ini telah membawa kelainan dari segi kepelbagaian aktiviti dan kami telah menyediakan modul khas yang lebih mantap untuk para peserta. Alhamdulillah dengan berkat usaha kami, Objektif telah berjaya dicapai dan adik2 telah mendapat ....

Program bermula pada hari jumaat petang di mana para peserta telah berkumpul di Putra Perdana dan kenderaan telah disediakan oleh pihak MAC untuk membawa para peserta ke tapak perkhemahan. Adik-adik yang bakal menyertai kem ini kelihatan sangat excited dan bersemangat malah mereka kerap bertanya kepada saya akan aktiviti yang bakal mereka tempuhi. Kata mereka, mereka sangat teruja kerana ada di antara mereka yang baru pertama kali menyertai program motivasi berkhususkan UPSR seperti ini. Terdapat juga beberapa peserta daripada Fasa 1 yang menyertai lagi program ini berkituan kejayaan program Fasa 1 yang telah kami perolehi.

Semua peserta telah tiba di tapak perkhemahan pada malam hari dan mengerjakan solat jemaah di MAC. Para fasilitator di MAC menyambut kehadiran mereka dengan tangan terbuka dengan niat supaya kami dapat membimbing adik ini untuk terus bersemangat di dalam perjuangan menimba ilmu kerana-Nya. Sesi ice-breaking telah berjalan dengan lancar dan berjaya menimbulkan kemesraan di kalangan adik-adik. Lihatlah betapa comelnya dan tekunnya adik-adik melukis muka mereka sendiri.

Hening pagi Sabtu pada hari kedua bermula dengan laungan azan dari wakil peserta dari kumpulan yang bertugas menyiapkan tempat solat. Setelah mengerjakan solat subuh bersama, para peserta dan fasilitator bersama-sama membaca dan menghayati bacaan Al-Mathuraat beramai-ramai. Semoga hari kami diberkati olehNya, aminn. Hari kedua sangat padat dengan aktiviti menarik. Para peserta .... bagi menyegarkan lagi minda mereka di samping menikmati keindahaan alam semulajadi ciptaanNya di MAC. SubhanAllah, indahnya. Sesi Bahasa Malaysia, Explorace Sains,

Pada malam hari setelah mengerjakan solat maghrib serta isyak secara berjemaah dan setelah selesai makan malam, adik-adik digemparkan dengan aktiviti seterusnya iaitu. 'Night Walk'. Jeng jeng jeng.

Ditemani bintang.

Untuk berjaya dalan kehidupan dunia dan akhirat, kita kena kuatkan diri secara fizikal dan paling penting rohani juga kan? Oleh itu, para fasilitator telah merangka satu aktiviti untuk menggilap tahap kebergantungan adik-adik ini kepada Allah S.W.T, pencipta seluruh alam. Kesihatan rohati dan fikriah yang sihat adalah aman penting dalam membentuk peribadi mukmin yang sentiasa bersemangat mengejar ilmu. Dengan ditemani bintang-bintang yang berkelipan dan bulan yang memancar terang pada malam itu serta rakan persejuangan yang bersama melangkah di sisi, terasa Allah itu sesungguhNya sangat hampir dengan kita. Nilai Islam diterapkan dalam diri adik-adik untuk percaya kepada diri dan yakin bahawasanya pertolongan Allah itu sangat dekat dan Allah Maha Pelindung. Oleh itu para fasilitator telah menerapkan dalam diri adik-adik untuk membaca zikir yang telah diajarkan oleh abang azri di sepanjang trek perjalanan. Alhamdulillah syukur ke-hadrat Ilahi, ianya sangat berkesan. Adik-adik kelihatan amat bergantung harap kepada-Nya dan perasaan takut terhadap perkara lain mula beransur hilang dan memberi keberanian untuk mereka melangkah dan mencapai kejayaan dalam kehidupan akan datang insyALLAH.

Cerita kita mungkin panjang. Namun ilmu yang digarap itu diamalkan sampai akhir hayat!

Monday, November 12, 2012

Kem Remaja Kool 2012

Cuti sekolah datang lagi!!!! Yeay!!!
Mari memanfaatkan cuti sekolah! Dapat jumpa kakak abang yang best! Kawan-kawan yang kool!

Mari melawat link facebook: Kem Remaja Kool 2012


Tentatif program
23 Nov 2012 (Jumaat)
2.00 pm           : Pendaftaran di masjid
3.00 pm           : Briefing dan ice breaking
4.30 pm           : Solat Asar/ Minum Petang
5.00 pm           : Creation of mind
7.00 pm           : Bersiap diri
7.15 pm           : Solat Maghrib / Kultum / Makan Malam
8.30 pm           : Solat Isyak/ Quranic Drilling
10.00 pm         : Night Trekking/ Slot 1: Sujud Hamba
1.00 pm           : Gelombang beta
24 Nov 2012 (Sabtu)
5.45 am           : Solat Subuh
6.30 am           : Senamrobik Riang Ria
7.30 am           : Siap diri/ Quranic Driling
8.30 am           : Sarapan
9.00 am           : Slot 2: Remaja Kool
11.00               : Minum pagi
11.30 am         : LDK 1: Siapa aku?
1.00 pm           : Siap diri/ Solat Zuhur/ Makan Tengahari
2.00 pm           : X-man game!
6.00 pm           : Siap Diri/ Solat Maghrib/ Kultum/ Makan malam
8.30 pm           : Solat Isyak
9.00 pm           : Malam Seni
11.00 pm         : Gelombang beta
25 Nov 2012 (Ahad)
4.00 am           : Siap Diri/ Qiamullail/ Kultum
5.45 am           : Solat Subuh
6.30 am           : Senamrobik Riang Ria
7.30 am           : Siap diri/ Quranic Drilling
8.30 am           : Sarapan Pagi
9.00 am           : Slot 3: Menuntun Sukses di Genggaman
11.00 am         : LDK 2: Bila Aku Berjaya
12.30 pm         : Makan Tengahari / Solat Zuhur
2.00 pm           : Slot Hati ke Hati
3.00 pm           : Majlis Penutup dan bersurai
Nota kaki:
Quranic Drilling (Tilawah + Tadabbur + Hafazan)
Kultum (Kuliah Tujuh Minit)
Hafazan: surah anNas-AdDhuha 

#tentatif berubah mengikut kesesuaian.

Para peserta dikehendaki membawa alQuran beserta terjemahan. Kalau tiada insyALLAH di kem kami ada alQuran untuk dijual :)) Berzip RM35 dan Diary RM43.
 

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN!

Adik-adik yang k00l, sudahkah anda mendaftar??

Kaedah pendaftaran KEM REMAJA KOOL 2012:

1. Sila buat pembayaran ke Maybank atau melalui Maybank 2U (No akaun Maybank MAC Training & Consultancy :562777212288)
Pendaftaran individu: RM150
Pendaftaran berkumpulan (5 orang dan ke atas): RM120 seorang

2. Mesejkan butiran berikut ke nombor telefon Azri: 013-5025210 atau Fadhilah: 013-6490354 atau Alyaa

: 013-7134713 atau mesej ke FB Page KEM REMAJA KOOL 2012
a) Nama penuh
b) Umur
c) Alamat
d) No. telefon
e) Sekolah

3. Sila scan/ambil gambar resit anda dan upload di mesej FB Page KEM REMAJA KOOL 2012.


3. Pendaftaran anda akan disahkan dan sila bawa slip pembayaran pada hari program.


Untuk pendaftaran berkumpulan, sila sekalikan maklumat-maklumat peserta yang terlibat dalam satu mesej sahaja.


Sila pastikan segala butiran lengkap. Terima kasih kami ucapkan daripada team volunteer MAC!